September 13th, 2018

Farah Lee bukanlah selebriti popular tetapi beliau antara wanita yang cukup kuat, bersemangat dan mempunyai jumlah peminatnya tersendiri. Kehidupan Farah bersama anak kecilnya, Maream Esaabel mula mendapat perhatian ramai apabila beliau sah bercerai dengan personaliti tv popular, Ally Iskandar.

Menerusi akaun Instagramnya, Farah sering memuat naik aktiviti seharian mereka anak-beranak. Malah, hubungan harmoni Farah bersama bekas suaminya juga sering dijadikan inspirasi buat orang ramai diluar sana.

Terbaru, niat Farah untuk terus menimba ilmu akhirnya termakbul apabila beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan Khas Kanak-Kanak di Leeds, United Kingdom.  Untuk pengetahuan anda, Farah juga memiliki ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekaninal dari Inha University, Korea Selatan.

 

Perkongisan Farah mengenai penghijrahannya bersama Maream ke UK mendapat pujian netizen yang rata-rata menganggap beliau seorang wanita yang tabah dan bersemangat. Mereka turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Farah.

Memang bukan mudah untuk menuntut ilmu di negara orang, apatah lagi terpaksa juga menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu pada masa yang sama. Tentunya, Farah memerlukan kesabaran dan semangat yang kuat untuk beri tumpuan kepada pelajaran dan anaknya juga. Apa-apa pun, kami juga mendoakan agar segalanya dipermudahkan buat beliau dan agar segala impiannya tercapai.


28 responses to “Status Ibu Tunggal Tidak Halang Semangat Farah Lee Sambung Belajar Di UK”

  1. ciK piNgu says:

    knpe deols bercerai? masih tertanya2.

  2. Anonymous says:

    Ex student scholarship JPA
    Super Junior abg nara dulu
    Ko apa taw

  3. anon says:

    okay lah dia sambung belajar tak kisahlah duit sapa, menuntut ilmu itu dituntut dalam Islam…kau ada? taklah kan, sebab tu komen kurang bijak

  4. kak melah says:

    artis ke die ni sampai masuk beutifulnara…nara jgn lupe up citer kak melah plak ek..kak melah nk belajar samapi ke indon belajar tarian bobo di mana…hahahah

  5. Anonymous says:

    dulu student kejuruteraan mekaninal rupanyer.. ketuk duit parents konon2 belajar tinggi smpi korea.. balik msia kawin buat anak pastu cerai.. sambung belajar lagi kali ni tak tau ketuk duit sape plak… belajar jer lah smpi tua… keje nyer tidak jgk… nnti join geng mak2 pengangur… yg duk umah bangga buat anak pastu asek meroyan minta govt hapuskan ptptn..

    • angelarina says:

      ko sakit hati kenapa daa??duit bapak dia kan…..
      ko ni mesti jenis mak2 yang laki suruh kerja carik duit lps tu sakit hati tgk kawan2 yang jadi surirumah..kalau dah namanya perempuan, duduk rmh pun buat kerja apa..uruskan keluarga,,uruskan rumah…kerja dari pagi sampai malam tak habis..aku dah tiga tahun jadi suri rumah…duduk rumah, uruskan family..bisnes online..lagi berbaloi..anak pun membesar depan mata…tak adalah kena cekik dek pengasuh..

    • anon says:

      okay lah dia sambung belajar tak kisahlah duit sapa, menuntut ilmu itu dituntut dalam Islam…kau ada? taklah kan, sebab tu komen kurang bijak

Loading...