Farah Lee bukanlah selebriti popular tetapi beliau antara wanita yang cukup kuat, bersemangat dan mempunyai jumlah peminatnya tersendiri. Kehidupan Farah bersama anak kecilnya, Maream Esaabel mula mendapat perhatian ramai apabila beliau sah bercerai dengan personaliti tv popular, Ally Iskandar.
Menerusi akaun Instagramnya, Farah sering memuat naik aktiviti seharian mereka anak-beranak. Malah, hubungan harmoni Farah bersama bekas suaminya juga sering dijadikan inspirasi buat orang ramai diluar sana.
Terbaru, niat Farah untuk terus menimba ilmu akhirnya termakbul apabila beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan Khas Kanak-Kanak di Leeds, United Kingdom. Untuk pengetahuan anda, Farah juga memiliki ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekaninal dari Inha University, Korea Selatan.
Perkongisan Farah mengenai penghijrahannya bersama Maream ke UK mendapat pujian netizen yang rata-rata menganggap beliau seorang wanita yang tabah dan bersemangat. Mereka turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Farah.
Memang bukan mudah untuk menuntut ilmu di negara orang, apatah lagi terpaksa juga menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu pada masa yang sama. Tentunya, Farah memerlukan kesabaran dan semangat yang kuat untuk beri tumpuan kepada pelajaran dan anaknya juga. Apa-apa pun, kami juga mendoakan agar segalanya dipermudahkan buat beliau dan agar segala impiannya tercapai.