Status Hubungan Marissa & Aslam Masih Tergantung, Mahkamah Tangguh Keputusan

Trending

Status Hubungan Marissa & Aslam Masih Tergantung, Mahkamah Tangguh Keputusan

Status hubungan antara Marissa Dania Hakim dan pasangannya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rasyid masih belum menemui jawapan apabila Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menangguhkan keputusan berhubung kes mereka.

Perkara itu berlaku selepas mahkamah mendapati terdapat beberapa isu melibatkan hukum syarak dan undang-undang yang perlu diteliti dengan lebih mendalam sebelum sebarang keputusan dapat dibuat.

Advertisement

marissa dania

Ketika ditemui media, Aslam yang hadir bersama Marissa memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kes tersebut dan hanya memohon doa daripada orang ramai.

“Saya sihat, selamat hari raya. Maaf, saya tak ada apa-apa nak komen. Saya minta semua doakan yang baik-baik sajalah. Insya-Allah.”

Sementara itu, peguam syarie yang mewakilinya, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri menjelaskan bahawa terdapat beberapa perkara penting yang menjadi faktor penangguhan kes.

“Hari ini mahkamah tidak dapat nak putuskan lagi sebab terlalu banyak isu hukum syarak dan undang-undang yang perlu diputuskan.”

“Adalah beberapa perkara sebab perkara itu perlu diulas dengan beberapa pandangan dan kitab-kitab para alim dan ulama.”

Menurutnya, isu utama berkait dengan persoalan perceraian dan rujuk yang memerlukan penilaian teliti berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

marissa dania

“Sebenarnya bukanlah kekeliruan pun. Dia lebih kepada isu perceraian dan rujuk. Mesti ikut Al-Quran dan As-Sunnah. Allah dah tetapkan aturan.”

“Contohnya lafaz dalam keadaan sekian adakah lafaz itu sah ataupun tidak. Rujuk dalam keadaan sekian adakah disabitkan rujuk atau pun tidak. Jadi keadaan tu masih belum dapat dijawab.”

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak-pihak terlibat juga belum dapat memberikan keterangan yang mencukupi, menyebabkan mahkamah terpaksa menangguhkan kes ke satu tarikh lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

marissa dania aslam
2026-03-30 12:01:39

Aslam Didakwa Lafaz Cerai Dua Kali Di Luar Mahkamah, Kini Dalam Proses Mohon Pengesahan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...