Status Halal Bubble Tea Halal Dipertikai. Bagaimana Dengan Halal Warung Dan Restoran?

Kehidupan

Status Halal Bubble Tea Halal Dipertikai. Bagaimana Dengan Halal Warung Dan Restoran?

Kita percaya sekiranya sesebuah kedai itu adalah milik orang Islam maka semua makanan yang dijual oleh mereka adalah halal. Pernahkah anda semua terfikir kedai yang kita makan milik siapa, ada sijil halal yang disahkan ataupun tidak?

Apa yang kita semua tahu Malaysia agama rasminya adalah Islam dan kita yakin bahawa semua premis makanan yang dikendalikan oleh orang Islam seperti restoran, warung, dan food truck adalah halal. Itulah tradisi kehidupan sejak dulu lagi?

Advertisement

Yakin ke semua kedai makan orang Islam itu halal?


Jika anda yakin bahawa semua peniaga Islam menjual makanan halal. Apakah maksud halal itu sebenarnya? Jangan ingat makanan yang dijual oleh mereka semuanya halal kerana menggunakan bahan-bahan makanan yang suci dan baik di samping tidak melanggari syariat Islam.

Apakah maksud halal?

Halal didefinisikan oleh Kamus Bahasa Melayu sebagai dibolehkan untuk melakukan sesuatu mengikut undang-undang Islam atau perkara yang tidak ditegah oleh syarak.

Pengambilan dan penyediaan makanan halal merupakan antara aspek terpenting kerana ia tentunya akan memberi ‘corak’ terhadap tingkahlaku dan nilai kehidupan seseorang Muslim.

Konsep halal dari sudut Syariah perlu difahami dengan menyeluruh kerana halal bukan sekadar bermaksud produk yang boleh dimakan dari segi hukum syarak tetapi juga meliputi maksud ‘baik’ (thoyyib) bererti bersih, suci, selamat dan berkualiti. 

Adakah semua peniaga makanan Islam ini ada sijil halal?

Sebagai pelanggan ramai di kalangan kita tidak memastikan dahulu restoran yang ingin mereka masuki itu ada sijil halal atau tidak. Ramai yang berpendapat jika sesebuah premis makanan itu dikunjungi oleh ramai orang Islam, maka premis itu adalah Halal.

Bagi pihak pengusaha premis makanan pula, apa yang penting adalah mendapat keuntungan. Maka kebanyakkan daripada mereka telah menyalahgunakan pensijilan Halal dan ada juga yang mempamerkan sijil Halal palsu di premis mereka.

 

Oleh kerana tiada kewajiban untuk pengusaha premis makanan mempunyai sijil Halal dari pihak JAKIM dan JAIN, maka mereka tidak mengendahkan tentang kepentingan proses pensijilan Halal untuk premis mereka. 

Sebagai contoh, kebanyakkan kedai Restoran Tom Yam yang berada di Malaysia, menggunakan khidmat pekerja dan tukang masak khususnya, dari Negara Thailand. Tetapi sejauh manakah kepastian kita tentang agama dan kepercayan mereka walaupun sesetengah daripada mereka mengenakan tudung dan fasih berbahasa Melayu.

Keduanya, harus juga dipastikan tentang sumber bahan mentah yang digunakan seperti daging ayam dan lembu. Dari manakah mereka mendapatkan sumber bekalan? Adakah proses penyembelihan mematuhi syariat Islam dan sebagainya.

Ketiga, kita perlu bertanya pada diri sendiri sebelum masuk ke premis makanan ini adakah cara penyediaan makanan, bahan-bahan yang digunakan, penyimpanan bahan-bahan mentah, tempat memasak, peralatan, tahap kebersihan serta segala perkara berkaitan.

Jadi kita haruslah beringat sebelum kita membuat keputusan untuk menjamu selera di restoran kegemaran kita, pastikan premis itu telah mendapat pensijilan Halal. Sekiranya status Halalnya diragui, beribu lagi pilihan restoran yang benar-benar telah mendapat pengiktirafan sijil Halal di seluruh negara.

Jika kita semua mempertikaikan dua jenama bubble tea yang tular dan menjadi kegilaan ramai iaitu Xing Fu Tang dan The Alley tentang status halalnya, jadi mengapa tidak kita harus juga memikirkan tentang status halal semua premis makanan seperti restoran, warung, dan food truck yang kita kunjungi setiap hari?

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...