Status Facebook : Amin Beyond Seakan Dah Tahu & Ramal Kematiannya

Trending

Status Facebook : Amin Beyond Seakan Dah Tahu & Ramal Kematiannya

z

Pemilik restoran dan juga seorang usahawan nasi kandar yang juga merupakan pemilik sebuah pusat cuci kenderaan, Syed Amen Jainul Abidin, 46, yang maut pagi tadi akibat ditembak sebenarnya seperti sudah tahu tragedi berkenaan bakal menimpanya.

Di dalam status laman Facebook beliau bernama Amin Beyond, di telah memuatnaik satu status bersama gambar sebuah kejadian tembakkan di dalam kereta di mana dia meramalkan perkara yang sama akan menimpanya suatu hari nanti.

Advertisement

zz

Menerusi gambar dan status tersebut, Syed Amen menyatakan dia tidak takut dengan kematian kerana baginya hidup dan mati itu hanya ditentukan oleh Allah.

Ia memuatnaik status berkenaan kerana menurutnya, dia juga pernah menerima ugutan sedemikian akibat kerja-kerja yang dilakukannya.

Berdasarkan pendedah, beliau adalah seorang aktivis  yang aktif membantu penduduk Pulau Pinang dan berdasarkan laporan sebuah akhbar 2014 dua buah kereta di dalam premis kedai cuci kenderaannya telah dibakar.

Dia juga sebelum ini pernah dianugerahkan Anugerah Ikon Bumiputera pada tahun 2008.

Syed Amen ditembak mati ketika berada di dalam kereta Mercedes Benz miliknya di George Town, kira-kira jam 3.30 pagi tadi di hadapan sebuah kedai pameran motosikal berkuasa tinggi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    February 12, 2016 at 3:58 pm

    iNANALILAH…

Loading...