Pemilik restoran dan juga seorang usahawan nasi kandar yang juga merupakan pemilik sebuah pusat cuci kenderaan, Syed Amen Jainul Abidin, 46, yang maut pagi tadi akibat ditembak sebenarnya seperti sudah tahu tragedi berkenaan bakal menimpanya.
Di dalam status laman Facebook beliau bernama Amin Beyond, di telah memuatnaik satu status bersama gambar sebuah kejadian tembakkan di dalam kereta di mana dia meramalkan perkara yang sama akan menimpanya suatu hari nanti.
Menerusi gambar dan status tersebut, Syed Amen menyatakan dia tidak takut dengan kematian kerana baginya hidup dan mati itu hanya ditentukan oleh Allah.
Ia memuatnaik status berkenaan kerana menurutnya, dia juga pernah menerima ugutan sedemikian akibat kerja-kerja yang dilakukannya.
Berdasarkan pendedah, beliau adalah seorang aktivis yang aktif membantu penduduk Pulau Pinang dan berdasarkan laporan sebuah akhbar 2014 dua buah kereta di dalam premis kedai cuci kenderaannya telah dibakar.
Dia juga sebelum ini pernah dianugerahkan Anugerah Ikon Bumiputera pada tahun 2008.
Syed Amen ditembak mati ketika berada di dalam kereta Mercedes Benz miliknya di George Town, kira-kira jam 3.30 pagi tadi di hadapan sebuah kedai pameran motosikal berkuasa tinggi.