November 17th, 2009

statistik

Dah lama rasanya kami tak update anda semua dengan statistik jumlah pelawat BeautifulNara nie. Terlupa pulak nak kongsi rasa gembira kami melihat jumlah pelawat-pelawat yang semakin bertambah dari hari ke hari. Memang meletup BeautifulNara nie. Terima kasih di atas sokongan anda semua. Tanpa anda tak mungkin semua ini boleh tercapai.

Jadi kali nie kami gabungkan terus bulan September dan Oktober 2009 punya statistik. Jumlah pelawat untuk 2 bulan nie ada 1 JUTA ORANG. Amik ko. Kalau nie pun kata tak banyak lagi memang kami tak tahu nak cakap apa. Pageview untuk 2 bulan nie dah dekat 5 juta pageview dah. Senang kira sebulan dalam 2.5 JUTA pageview. Terharunya kami dengan sokongan anda. Tima kasih bebanyak ek.

Dalam berjuta-juta blog, website dan portal kat dunia nie, BeautifulNara adalah nombor 39,311 paling femes mengikut Alexa Rank.RSS Subscriber pun dah tambah jadi lebih 500 orang. Dan yang paling penting, fan kat Facebook dah nak cecah 1,300 orang. Jadi kalau korang belum lagi jadi FAN FACEBOOK BEAUTIFULNARA, sila-silalah jadi ye. Tima kasih beribu-ribu lemon sekali lagi.

Untuk menunjukkan penghargaan kami kepada anda semua, nanti gathering BeautifulNara yang sedang dalam proses perbincangan. Nanti kat sana kita leh beramah mesra dan berkenalan dengan lebih rapat antara satu sama lain. Kot-kot sapa yang masih single mingle tue boleh la jadikan gathering tue sebagai tempat mencarik jodoh nanti. Ahaks.

Kami di BeautifulNara sayang sangat kepada anda semua yang terus menyokong kami. Terima kasih~~~

P.S: Dah tengok layout baru si Mak Merah @ RedMummy ? Makin mantap nampaknya akak kita seorang tue. Kalau anda seorang yang suka berfesyen dan bergaya, leh gi layan blog RedMummy tue. Banyak tips-tips best.


Comments are closed.

Loading...