Statistik Pekerjaan Di Malaysia, 6 Bidang Yang Ramai Graduan Gagal Dapat Peluang Kerja

Trending

Statistik Pekerjaan Di Malaysia, 6 Bidang Yang Ramai Graduan Gagal Dapat Peluang Kerja

Satu statistik yang agak menakutkan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bahawa seramai 54,103 graduan yang telah menamatkan pengajian gagal mendapatkan peluang pekerjaan.

Advertisement

Jumlah itu merangkumi 22.7 peratus dari jumlah keseluruhan graduan yang habis pengajian pada tahun lepas.

Tahukah anda bidang apa yang susah hendak mendapatkan peluang pekerjaan ini?

Ini 6 bidang kemahiran yang graduannya sukar mendapatkan peluang pekerjaan, menurut laporan Kementerian Pengajian Tinggi.

1. Pengurusan perniagaan/Pengajian perniagaan

Kursus perniagaan bertujuan menghasilkan graduan yang arif tentang amalan perniagaan dan pentadbiran. Graduan dilatih untuk menjadi pengurus, perunding, pentadbir atau mungkin juga usahawan yang professional. Semasa melalui kursus, graduan telah pun disediakan ilmu dalam bidang pengurusan, perakaunan, kewangan, pemasaran, ekonomi, undang-undang dan pelbagai lagi cabang lain.

2. Sains Gunaan

Program Sains Gunaan cukup penting dalam pembangunan sesebuah negara. 4 cabang penting dalam bidang penyelidikan iaitu biologi, kimia, geologi dan fizik. Tidak ada penjelasan khusus dari KPT berkenaan mana satu cabang yang dimaksudkan terjejas teruk. Bidang sains gunaan bergantung kepada cabang sains yang dipilih dan kebanyakan graduan yang terhasil dilatih untuk mempunyai kemahiran dalam bidang penyelidikan, yang mungkin kurang diperlukan dalam industri negara kita setakat ini.

3. Pengurusan Sumber Manusia

Adalah cabang lain dalam ilmu perniagaan cuma bezanya difokuskan lebih kepada aspek komunikasi dan etika perniagaan. Kita semua Jabatan Sumber Manusia atau HR Department adalah Jabatan yang bertindak menyelia dan menguruskan semua perkara tentang pekerja dari aspek pengambilan, gaji, disiplin, latihan sehinggalah menguruskan pemberhentian pekerja.

4. Perakaunan

Akauntan adalah bidang yang memerlukan kelulusan professional namun tidak memerlukan sumber pekerja yang ramai. Selain perlu punyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang cekap, graduan perakaunan mempunyai kemahiran yang sangat spesifik jika dibandingkan dengan graduan-graduan lain seperti perbankan atau perniagaan. Pendapatan seorang akauntan yang berkelayakan ACCA sebenarnya menarik namun persaingan yang sengit membuatkan ramai graduan akauntan tiada peluang pekerjaan.

5. Seni

Kebanyakan graduan yang susah hendak mendapatkan peluang pekerjaan adalah graduan yang mengambil seni halus dan seni reka, yang melibatkan hasil pertukangan seperti tekstil, logam dan lain-lain. Graduan yang keluar sebenarnya ada kemahiran yang cukup tinggi tetapi dengan kemajuan teknologi yang semakin banyak menggantikan kemahiran tangan, persaingan ini nampaknya semakin tidak menguntungkan graduan-graduan.

6. Sains Sosial

Meliputi pelbagai bidang seperti sejarah, komunikasi, geografi, sosiologi, hubungan antarabangsa dan hubungan industri sebagai contoh, namun permintaan untuk bidang-bidang ini semakin lama semakin menguncup. Kekurangan keperluan pakar dalam bidang ini terutamanya pada sektor swasta menyukarkan graduan mendapat tempat dalam industri yang kini bergerak ke arah lebih mencari pakar-pakar yang mempunyai kemahiran praktikal. Bukan sahaja di Malaysia mengalami masalah ini. Di Australia juga, masalah graduan sains yang menamatkan pengajian tanpa mendapat peluang pekerjaan juga berlaku.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...