Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Branded

Start Dah Leman Open Order Kuih Raya. Ni 5 Lagi Perkara Yang Menandakan Syawal Semakin Tiba!

Memasuki tahun kedua umat Islam berpuasa dan mungkin menyambut lebaran dalam norma baharu, rasanya ramai mula merindukan suasana kemeriahan Syawal tanpa sebarang Standard Operating Procedure (SOP).

Kalau imbau balik kenangan lama, seronoknya beraya bila ramai sanak-saudara boleh berkumpul bersama, menunaikan solat sunat Hari Raya di masjid dan ziarah-menziarahi.

Advertisement

Memandang tahun ini kita diberi sedikit kelonggaran untuk menyambut Ramadan, pastikan korang terus patuhi SOP yang ditetapkan. Mana tahu, mungkin tahun ni kita boleh balik raya dan merasai semula semua kenangan kita menyambut hari raya seperti zaman sebelum pandemik.

1. Iklan raya kreatif mula bersiaran di radio & televisyen

Tidak kira raya dalam norma baharu atau tidak, iklan raya pasti menjadi perkara yang sentiasa dinantikan semua. Kekreatifan idea yang diterjemahkan dalam bentuk iklan semestinya menaikkan kembali semangat dan makna sebenar hari raya walaupun tidak dapat pulang beraya.

Sekurangnya terubat sikit rindu walaupun beraya di perantauan kan?

Advertisement

2. Dendangan lagu dan hiasan raya menghiasi pusat beli-belah

Raya Melayu, Cina atau India, keunikan Malaysia pastinya semasa musim perayaan, bila semua kaum akan merasai suasana hari raya dan meraikannya bersama-sama.

Bila di pusat membeli-belah, seawal minggu pertama Ramadan korang dah boleh dengar lagu raya. Paling popular semestinya lagu Satu Hari Di Hari Raya nyanyian M. Nasir dan Selamat Hari Raya nyanyian Saloma. Tu belum lagi hiasan raya yang meriah dan berwarna-warni yang menghiasi segenap ruang.

3. Jualan promosi hari raya

Tiba je musim perayaan pasti akan ada pelbagai promosi yang ditawarkan sama ada online atau di mall sebab waktu inilah inilah orang nak tukar perabot baru, beli baju raya dan mungkin juga tukar kereta baru. Barulah rasya lebih bergaya.

Promosi popular yang sering ditawarkan masa hari raya seperti Beli 1 Percuma 1, diskaun atau pulangan rebat. Memang rambang mata dibuatnya!

4. Kemeriahan bazar Ramadan & Syawal

Tahun lepas tiada bazar kerana kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nasib baik tahun ni kerajaan bagi kebenaran untuk pembukaan bazar. Dapatlah merasai sedikit suasana Ramadan dan Syawal seperti sebelum ini.

Advertisement

5. Kawan mula open order untuk raya

Mana-mana group pasti akan ada je kawan yang open order untuk kuih raya, daripada kuih raya tradisional ke kuih raya moden. Korang hanya perlu prepare duit dan buat tempahan je.

6. Mak mula beli stok marjerin

Nak raya ni, stok majerin kat pasaran mesti paling laris. Yelah time ni semua orang sibuk nak membuat kuih dan membakar kek.

Kalau mak min dia suka beli stok marjerin menjelang nak raya. Senang katanya tak perlu berebut nanti, ambil dari rak je kalau nak guna.

Pilihan marjerin masa kini pastinya Planta

Marjerin pilihan nombor 1 pilihan ramai pastinya Planta. Tak percaya nanti korang tengok jelah jenama mana yang habis dulu dekat rak di pasaraya.

Nak tau kenapa ibu-ibu dan bakers suka gunakan margerin Planta? Sebabnya ia mengandungi vitamin A, D, E, B1,B2, B6, B12, folik acid dan niacin. Dengan khasiat dan kebaikan yang ditawarkan tak hairanlah ia menjadi pilihan di restoran terkenal dan juga para ibu.

Menggunakan Planta, banyak resepi korang boleh cuba seperti nasi Planta, kuih raya, roti dan juga kek. 

Tips sebelum pilih margerin, pastikan korang tengok dulu bahan-bahannya supaya korang tahu khasiat dalam setiap hidangan takdelah nanti tersalah pilih yang mempunyai lemak trans yang tinggi dan tak baik untuk kesihatan.

Nak dapatkan khasiat margerin dalam setiap hidangan, pastikan Planta menjadi pilihan korang. Dengan Planta barulah rasa kemeriahan raya lebih terasa.

Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Planta, atau nak resepi-resepi terkini menggunakan bahan ini, korang boleh follow Facebook Planta Malaysia.

Planta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Jom Raya Bersama Planta. Jangan lupa untuk patuhi SOP ya!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top