Jenama kopi terkenal di seluruh dunia iaitu Starbucks, baru-baru ini, ada memaklumkan polisi terbaru mereka yang akan dimulakan pada 27 Januari ini.
Kena buat pembelian baru boleh ‘lepak’
Difahamkan, polisi baru ini tidak akan lagi membenarkan orang ramai duduk di dalam premis tersebut ataupun menggunakan tandas mereka jika tidak membuat sebarang pembelian.
Polisi ini dibuat bagi memastikan suasana kedai lebih kondusif dan berpihak kepada pelanggan yang membeli minuman atau makanan di Starbucks.
Tidak boleh mengemis, ganggu pelanggan
Ini adalah langkah praktikal untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan berbayar. Kami mahu memastikan semua orang merasa selesa dan disambut di kedai kami.
Dalam pada masa yang sama, polisi baru ini juga akan melarang sebarang aktiviti mengemis atau kelakuan menganggu pelanggan.
Sekadar info, Starbucks pernah membuat polisi orang ramai boleh menggunakan kemudahan mereka tanpa sebarang pembelian susulan insiden di Philadelphia, di mana pengurus kedai menelefon polis selepas mendapati dua orang lelaki berkulit gelap menunggu di kedai tetapi tidak membuat sebarang pembelian.