Starbucks Buka Cawangan Bahasa Isyarat Kedua Di Pulau Pinang

Trending

Starbucks Buka Cawangan Bahasa Isyarat Kedua Di Pulau Pinang

Ini bukanlah kali pertama Starbucks membuka cawangan khas untuk pekerja istimewa seperti ini. Sebelum ini, cawangan di Bangsar adalah cawangan pertama yang diuruskan sepenuhnya oleh pekerja menggunakan bahasa isyarat.

Kali ini Starbucks terus membuka peluang pekerjaan untuk golongan ini dengan pembukaan cawangan kedua di Pulau Pinang. Untuk cawangan ini, Starbucks telah bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang.

Advertisement

starbucks

Kredit: Starbucks

starbucks

Kredit: Starbucks

Dengan kerjasama itu, persatuan itu akan membantu dengan latihan profesional kepada pekerja-pekerja dengan lebih baik. Mereka juga akan menyediakan kelas bahasa isyarat untuk pekerja-pekerja yang memerlukan.

Cawangan bahasa isyarat ini adalah yang keempat di dunia selepas Bangsar Village, Washington DC, United States dan Guangzhou, China.

 

starbucks

Kredit: Rojak Daily

Para pelanggan juga perlu menggunakan bahasa isyarat untuk membuat pesanan. Jika anda tidak tahu, anda hanya perlu tunjuk pada kad menu yang disediakan. Selepas minuman anda telah siap, nombor anda akan berkelip seperti sistem nombor biasa yang kita jumpa di bank.

Artikel berkaitan: (Video) Rupanya Ramai Tertipu Dengan Cawan Starbucks Venti Dan Grande

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...