Ini bukanlah kali pertama Starbucks membuka cawangan khas untuk pekerja istimewa seperti ini. Sebelum ini, cawangan di Bangsar adalah cawangan pertama yang diuruskan sepenuhnya oleh pekerja menggunakan bahasa isyarat.
Kali ini Starbucks terus membuka peluang pekerjaan untuk golongan ini dengan pembukaan cawangan kedua di Pulau Pinang. Untuk cawangan ini, Starbucks telah bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang.
Cawangan bahasa isyarat ini adalah yang keempat di dunia selepas Bangsar Village, Washington DC, United States dan Guangzhou, China.
Para pelanggan juga perlu menggunakan bahasa isyarat untuk membuat pesanan. Jika anda tidak tahu, anda hanya perlu tunjuk pada kad menu yang disediakan. Selepas minuman anda telah siap, nombor anda akan berkelip seperti sistem nombor biasa yang kita jumpa di bank.
Artikel berkaitan: (Video) Rupanya Ramai Tertipu Dengan Cawan Starbucks Venti Dan Grande