Star Avenue Lifestyle Mall, Strategik Untuk Perniagaan Anda

Hiburan

Star Avenue Lifestyle Mall, Strategik Untuk Perniagaan Anda

Pernahkah anda ingin berurus niaga? Tahu tak mereka yang mempunyai perniagaan sendiri memiliki kebebasan masa dan wang. Jikalau anda mempunyai peluang untuk berniaga dan mempunyai sebuah lot di tempat yang strategik, adakah anda akan pertimbangkan?

Abang Nara rasa banyak faedah menyewa sebuah lot untuk berniaga. Iyerlah, bila ada senang nak buat macam-macam. Boleh cari pekerja, boleh duduk berbincang dengan klien, boleh ajak orang datang ofis dan macam-macam lagilah. Dengan adanya kedai fizikal, ia juga mampu menambahkan kerpercayaan pelanggan kepada perniagaan anda. Sayangnya kebanyakan tempat yang berkenan di hati ini nun jauh di Kuala Lumpur. Abang Nara tinggal kat Shah Alam jadi tak berbaloi untuk habiskan masa 2,3 jam setiap hari hanya untuk memandu ke jauh jauh. Tak gitu?

Advertisement

mah sing star avenue

Jadi apabila Abang Nara mengetahui mengenai projek Star Avenue Lifestyle Mall oleh Mah Sing Group ini, memang teruja dibuatnya. Mana tidaknya, lokasi Star Avenue yang bakal dilengkapi dengan tempat membeli-belah, pejabat, restoran dan hiburan ini ialah di sepanjang Jalan Sungai Buloh. Memang dekat betul dengan rumah Abang Nara. 10 minit je boleh sampai. Lokasinya memang strategik kerana terletak di antara Subang, Damansara, lapangan terbang Subang dan juga Shah Alam. Itu belum kira 300,000 kereta setiap hari yang menggunakan Jalan Sungai Buloh. Memang senang dilihat dan confirm tak sesat kalau ada orang nak datang melawat pejabat Abang Nara nanti.

mah sing star avenue

Dijangka akan dibuka pada sekitar penggal ketiga tahun 2015, Star Avenue Lifestyle Mall juga akan dibanjiri dengan pelajar-pelajar HELP Campus yang berdekat dan dianggarkan akan mencecah 13,000 orang. Kalau buat perniagaan kedai makan kat sini memang confirm untunglah. Student kan selalu lepak makan luar. Akses nak ke sini pun senang sebab stesen MRT yang bakal dibina dengan jaraknya hanya 2 minit sahaja. Memang Abang Nara dapat rasakan yang Star Avenue Lifestyle Mall ini akan menjadi tempat orang ramai meluangkan masa bersama keluarga terutamanya di hujung minggu. Tengok konsep rekaan kedai kat dalamnya pun dah rasa teruja yang amat.

mah sing star avenue

Kalau anda berminat untuk menyewa lot kedai di Star Avenue Lifestyle Mall yang dibangunkan oleh Mah Sing Group ini, jangan lepaskan peluang untuk bertanya lebih lanjut menerusi talian 012 – 504 9827 / 013 – 364 6273. Abang Nara tak risau langsung mengenai kualiti pembinaan Star Avenue ini kerana Mah Sing Group memang terkenal dengan kejituan, ketelitian dan keunggulan projek-projek mereka yang sebelum ini. Silalah cepat membuat pertanyaan anda sebab dengarnya tempat kosong dah makin terhad. Projek panas lah katakan.

mah sing star avenue

Untuk maklumat lanjut, layari www.staravenue.com.my . Kalau ada banyak benda nak tanya, boleh terus telefon nombor-nombor yang Abang Nara kongsikan tadi. Mereka akan melayan anda dengan mesra. Jangan risau.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...