Baru-baru ini, tular di platform X nasihat daripada seorang staf syarikat E-wallet mengenai selfie ID verification yang selalunya pengguna mengambil ringan apabila mengambil gambar.
Staf uni e-kyc nampak seluruh benda
Kata staf itu, biarpun hanya meminta bahagian wajah sahaja, tetapi untuk pekerja yang bekerja di bawah unit e-kyc, mereka akan dapat melihat gambar penuh iaitu bahagian wajah serta separuh badan.
Menurut staf itu lagi, banyak pengguna yang memandang ringan apabila mengambil gambar kerana ada saja wanita yang bertudung tetapi berpakaian tidak sopan, termasuk juga kaum lelaki.
Minta berpakaian lebih sopan
If those yang tak bertudung, sometimes direct je dia amik. And for man, selalu without shirt terpampang lah segala benda. So the system rakam semua benda.
Dalam pada itu, staf tersebut turut meluahkan rasa kasihan terhadap golongan ibu apabila anak mereka bantu mendaftarkan akaun kerana pemakaian ibu-ibu di bahagian sama sekali tidak menutup aurat.