Stadium Nasional, Stadium Putra Dijenamakan Semula Sebagai TM Stadium Nasional & Unifi Arena

Berita

Stadium Nasional, Stadium Putra Dijenamakan Semula Sebagai TM Stadium Nasional & Unifi Arena

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hari ini mengumumkan kerjasama hak penamaan bersama Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi Stadium Nasional dan Stadium Putra untuk tempoh tiga tahun.

Kerjasama itu bertujuan memastikan dua venue utama negara kekal relevan serta mampu menganjurkan acara sukan dan hiburan bertaraf antarabangsa.

Advertisement

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Iliyas Jamil berkata, bermula 6 Mac lalu, Stadium Nasional dan Stadium Putra akan dijenamakan semula sebagai TM Stadium Nasional dan Unifi Arena.

“Hasil kerjasama ini akan disalurkan kepada usaha menaik taraf serta menambah baik kemudahan stadium bagi memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengunjung,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Amar Huzaimi Md. Deris berkata pihaknya berbesar hati diberi kepercayaan untuk memegang hak penamaan venue ikonik negara tersebut.

Menurutnya, kerjasama itu diharap dapat memperkukuh kedua-dua stadium agar terus menjadi tempat rakyat Malaysia berkumpul, meraikan kejayaan dan menyaksikan detik bersejarah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-13 13:49:05

Mat Sabu Saran Tanam Sayur Di Rumah Jika Konflik Asia Barat Berpanjangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...