June 14th, 2016

Baru sahaja berkahwin dan mahu menyambut Syawal sebagai seorang Muslim, penyanyi Stacy tidak merasa sedih meskipun suaminya Akim tidak bersama beliau untuk Hari Raya nanti.

Stacy akan menyambut Hari Raya dirumah mertuanya di Johor kerana Akim dan kumpulan The Majistret akan berada di Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah bermula 22 Jun nanti.

Kalau Akim pergi bercuti dan meninggalkan saya menyambut Aidilfitri seorang mungkin saya boleh marah, tak puas hati. Tetapi, dia pergi menunaikan umrah, jadi saya reda sahaja.

Lagipun tidaklah sedih sangat mungkin perkara ini juga masih baharu buat saya. Saya dan anak, Bella akan menyambut hari raya kali ini bersama keluarga mentua di Johor.

Berbicara mengenai bulan Ramadhan,  Stacy memberitahu buat masa ini beliau belum lagi menunaikan solat terawih secara berjemaah di masjid. Stacy bimbang  jika beliau tidak dapat melakukannya dengan sempurna kerana masih lagi dalam proses untuk belajar setiap ajaran Islam.

Stacy lebih senang memastikan dirinya benar-benar bersedia untuk mencari fadilat tarawih di masjid.

Bila orang tanya sudah belajar setakat mana, saya jadi takut. Kita risau tidak sampai apa yang mereka harapkan. Jadi, saya fikir tidak mengapalah, yang penting saya akan terus berusaha untuk belajar. Dalam masa yang sama ikhlas melakukan semua ini, tanpa rasa terbeban.

Tidak mengapa, lepas Akim pulang daripada umrah pun masih boleh lagi sambut Aidilfitri bersama-sama dengan Stacy bukan?

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...