Written by Bella | June 7th, 2016

Sebagai seorang saudara baharu didalam Islam, penyanyi Stacy mengakui beliau cukup teruja untuk menjalani ibadah puasa. Namun, Stacy juga tekad untuk mendalami agama Islam dengan lebih baik dan betul-betul mendalami erti sebenar Ramadhan.

Percubaan berpuasa sebelum ini sedikit sebanyak mengajar saya memahami erti sebenar Ramadan. Insya-Allah, untuk tahun ini saya mahu melakukannya dengan sebaik mungkin. Terima kasih kepada Akim yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya mendalami Islam.

Saya bukan saja teruja menjalani ibadah ini malah seronok menyediakan juadah bersahur dan berbuka untuk suami. Tambahan pula awal-awal lagi dia sudah minta saya menyediakan masakan kegemarannya.

Stacy juga mahu memberikan sepenuh perhatian untuk membaca Al –Quran sepanjang bulan suci ini dan mengupah seorang ustazah untuk mengajar beliau mengaji di rumah.  Malah Stacy juga mengurangkan aktiviti seninya untuk tujuan berkenaan.

Selama ini, Akim banyak mengajar saya di rumah. Dia okey cuma apa saya lakukan ini adalah atas inisiatif sendiri. Dalam seminggu, tiga atau empat kali ustazah datang ke rumah. Pada masa sama, anak saya Bella juga boleh belajar mengaji.

Justeru, sepanjang Ramadan ini saya mengambil keputusan mengurangkan aktiviti seni. Kalau ada pun sekadar memenuhi jemputan majlis berbuka puasa. Bukan apa, selaku saudara baru perlu lebih banyak belajar mengenai Islam.

Walaupun tidak terus pandai, sekurang-kurangnya saya belajar sedikit demi sedikit. Dalam perkara ini, Bella juga teruja untuk turut serta.

Perlahan-lahan cuba untuk membaca Al-Quran dan jangan khuatir jika silap. Kerana daripada kesilapan barulah kita tahu apa yang betul dan tidak maka ia akan senang difahami. Kami harap Stacy jangan putus asa dan banyak berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Sumber Berita : Harian Metro

14 responses to Stacy Tekad Pelajari Al – Quran : Upah Ustazah Ajar Mengaji Dirumah

  1. minah jambu harapan nenek says:

    Ai laki tak tau ajar ngaji al quran ke ? kenape tk bertudung aje selepas kawin ? maseh nk melonjak lonjak lagi eh ??? kalau artis lain yg berlaki sebok pengomen suruh bertudung la ape la..laki tangung dosa bini la n macm macm la lagi ! stacy tk bertudung pengomen semua okkk je tkde cakap ape ape ponnnnnnnnnnnn..!

    0

    0
    • Black [email protected] says:

      Ko puasa x minah jambu
      ke uzur hari ni,hik hik…

      0

      0
    • Anonymous says:

      Zaman skarg klu cakap baik sikit last2 kena marah + maki

      ~~~ dh elok la tu blajar ngaji lepas tu next next next… Jd yg lbh baik

      0

      0
    • Anonymous says:

      Ak time kecik pun bljr utz n ustzh yg ajor… Balik umah bpa dan mak aku test… Dh besor ni lupa2 sikit cari pula ustz ajor kena pula ustz yg sma umur adoooii malu siut.. Tp nak blajor layan jer… Yg ptg usaha nak blajor …

      0

      0
    • Anonymous says:

      laki dia yang tanggung dosa..kau sibuk kenapa? kau laki dia ke? ke kau tu madu dia?
      Ambil masa untuk berubah la, bukan sekelip mata. sebelum dijemput Allah, manusia boleh berubah. Tapi aku kesian kat kau, yang dari dulu perangai busuk. Isu bertudung jugak kau bangkitkan. InsyaAllah, nanti terbuka hati Stacy utk berhijab. Patut kau doakan tu…bulan Ramadhan orang tambah2kan pahala.

      0

      0
    • kutu says:

      doa yang baik2 sudah lah..
      u serumah dengan dia ke sampai tau laki dia tak tau ajar ngaji?
      utk membimbing mualaf mesti kne rujuk pada yang lebih arif..

      jangan terlalu mendesak sampai nampk agama islam ni agama yg memaksa.
      yg sejak azali islam pon masih dedah sane sini..

      hormati sesama islam..kan bulan ramadan ni.
      #berikan masa

      0

      0
    • Anonymous says:

      aslmulaikum minah jambu

      hello minah ko kena faham stacy org baru. ada ke dalam islam main paksa2 pakai tudung… ko ni susah2 hal org napa…. bukan ko yg tanggung dosa suaminya… nanti stach berhijab salah sikit kena tegur dan tidak berhijab pun kena tegur juga… apa yang perlu kita buat doakan segala urusan yang dibuat oleh stacy dipermudahkan senang cerita.

      0

      0
  2. Anonymous says:

    m

    0

    0
  3. conpiuss says:

    kalau terus suh die pakai tudung mcm mngejut sgt plak.. slow2 laa, die pun masih mendalami,jgn paksa dia berubah 100% dlm jangka pendek nie.. abis2 pun suh stacy pkai sopan dulu laa, jgn sexy sgt.. rambut color bleach mcm2 warna tu slow2 laa blonde gelap sikit xpun hitam je guna color asal.. bukan ape,kalau stacy sexy tu serius sesuai laa..perut tu n peha tu, xleh blaa tgk masa AJL aritu, baru nie dlm iklan kitkat pun sama.. sorry bukan nak fokus tp mmg TERnampak.. tp kan akhir kata, wlaupun xde kaitan nak bagitau jugak,muka staacy nie kadang macam zulin aziz sikit2 hehehe..

    0

    0
    • che ton says:

      che ton musykil… klw warna asal rambut kita ni dh hitam, klw kta kalerkan warna yg sama bkn x bole ke? i mean, pernah la che ton dgr org ckp klw nk kaler rambut bole, tp dgn niat utk suami n kaler mesti bkn kaler asal rambut… contoh, klw rambut asal kaler hitam, bole la kaler rmbut blond.. btol ke? n psal x masuk wudhu tu, zaman skg ni byk je inai mcm2 kaler kt pasaran…

      0

      0
  4. melati says:

    Alhamdullilah..!!.. janji pasni jgn plak nk berhijab pastu berniaga Tudung jenama sendiri…huhuhu…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Tak kot…sebab dia sepasang. kecuali Akim pun bertudung..baru boleh berniaga jenama tudung sendiri

      0

      0
  5. mak jemmsssss says:

    good luck stacy! insyaallah Allah permudahkan usaha utk mnuju ke jalanNya.. jangan putus asa blajar agama..

    0

    0