Stacy Sahkan Sudah Hamil Empat Bulan

Hiburan

Stacy Sahkan Sudah Hamil Empat Bulan

Selepas Akim Ahmad mengumumkan isterinya Stacy hamil menerusi satu ucapan di akaun Instagramnya, terbaru Stacy pula mengesahkan kandungan beliau sudah mencecah empat bulan.

Advertisement

Bukan sengaja mahu merahsiakan kehamilannya sebelum ini, Stacy hanya mengikut nasihat orang tua yang tidak menggalakkan untuk terlalu teruja dan mengumumkan berita berkenaan ketika kandungan masih lagi berada di peringkat awal.

Sebenarnya sudah lama kami berhajat mahu membuat pengumuman mengenai kehamilan ini. Apatah lagi ramai orang yang bertanya bila ingin menambah ahli keluarga.  Tetapi kata orang kurang manis kalau berkongsi berita itu terlalu awal kerana bermacam dugaan boleh timbul pada tempoh itu. Walau hidup dalam zaman moden, petua orang tua ada sebabnya.

Insan paling gembira mendengar perkhabaran ini tentu saja Akim dan keluarga kedua belah pihak. Bella juga sudah tahu dia akan dapat adik.

Stacy memberitahu beliau tidak mengalami sebarang alahan teruk tetapi mengakui badannya cepat merasa letih serta emosinya kadang kala tidak menentu.

Disebabkan emosinya itu tidak stabil, Stacy berharap tiada pihak yang akan kecil hati kerana beliau harus menolak beberapa undangan nyanyian berikutan keadaannya itu.

Walaupun alahan tidak teruk, badan saya lemah dan cepat letih. Kadangkala saya cuba menyibukkan diri tetapi kerap juga saya lebih banyak berehat membuatkan ada undangan yang terpaksa saya tolak.

Keadaan emosi juga kurang menentu. Saya cuba mengawal diri. Syukur suami dan keluarga sangat memahami situasi saya. Kerap juga peminat tanya mengenai berat badan naik atau ternampak perut berisi.

Stacy dan Akim mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lepas di i Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Sebelum berkahwin, Stacy telah mengambil seorang anak angkat perempuan iaitu Bella yang kini sudah berusia 4 tahun.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...