Stacy Nafi Tuduhan Peminat Yang Mendakwa Beliau Dan Akim Berlagak Sombong

Hiburan

Stacy Nafi Tuduhan Peminat Yang Mendakwa Beliau Dan Akim Berlagak Sombong

Menjadi seorang selebriti bukanlah satu perkara yang mudah, bukan sahaja dihimpit kontroversi tetapi kadang-kadang mendapat kritikan yang agak teruk daripada peminat.

Baru-baru ini, ada peminat yang mendakwa Stacy dan Akim berlagak sombong dan tidak memberikan sebarang respon ketika ditegur oleh peminatnya itu.

Advertisement

Mengetahui tuduhan tersebut, Stacy sungguh tekejut dan merasa kesal dengan dituduh sedemikian.

Melalui akaun Instagramnya, Stacy menjelaskan beliau dan Akim tidak pernah sombong dengan peminat dan sering mesra dengan sesiapa sahaja yang menegur mereka. Stacy juga menegur kata-kata yang agak kasar daripada peminat berkenaan dimana ia tidak sesuai di bulan Ramadhan serta imejnya yang bertudung.

Berikut luahan penuh Stacy :-

Assalamualaikum..terlebih dahulu saya nak cakap yang saya tak de niat nak AIBkan sesiapa. Ye la memang nasib kami ja yang diaibkan. saya tidak pernah marah sampai begini..Adik ku sayang dah lah ini bulan ramadhan pastu ayat-ayat awak tidak kena dengan penampilan awak.. Ceritanya, malam tadi kami pergi membeli barang- barang rumah di homepro, memandangkan baru pindah rumah petang tadi..dikesibukan mencari barang, ramai juga yang menyapa kami dan kami siap buat macam meet and greet lg depan kedai tu, yalah bersyukur orang-orang yang sukakan kita selalu mendoakan yang terbaik untuk kita, jadi kami memang berbesar hati dan menghargainya sangat, terima kasih Alhamdulillah, ramai juga yang kami jumpa tadi. Macam mana adik ni boleh cakap kita gitu?

Maybe kita tak berapa dengar. Walaupun kami menyanyi tapi pendengaran kita sama sahaja tau, tiada yang hebat suara, sampai semut pun boleh dengar. So kesimpulan nya saya tak kisah awak nak buruk kan kami tapi saya kesian dan nak nasihatkan awak yang ayat-ayat yang awak pakai tu tak cool atau swag la..memalukan diri, lagi-lagi dengan penampilan awak..saya minta maaf jika terkasar bahasa cuma kami juga punya hak.

Hak untuk bersuara. Kami manusia juga seperti anda, rasa sakit juga kalau dicarut..jangan salah gunakan laman sosial untuk mencerminkan perwatakan anda. Kita orang MALAYSIA tiada pegang Grammy Awards pun tak pe.. Awards menghormati antara satu sama lain lagi HEBAT! selamat bersahur….

Bersabarlah Stacy, tidak semua hati orang kita boleh puaskan. Mereka ini biasanya tahu komen di media sosial sahaja dan anggap diri mereka sudah cukup sempurna.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...