May 15th, 2015

Kesian Stacy. Rasanya sudah beberapa kali tuduhan memeluk agama Islam sudah dilemparkan kepada penyanyi yang merupakan kekasih kepada Akim Ahmad ini. Lagi sedih tuduhan tersebut menggunakan gambar yang sama yang pernah diviralkan pada tahun 2013. Kononnya gadis di dalam di bawah adalah Stacy yang sedang mengucap 2 kalimah syahadah di depan seorang ustaz. Stacy telah pun menafikan perkara ini dahulu dan kini terpaksa tampil membuat penafian sekali lagi.

stacy peluk islam

gambar palsu Stacy peluk Islam

Bab-bab agama ini tidak boleh dibuat main. Impaknya bukan kepada Stacy seorang, tetapi turut melibatkan ahli keluarga yang lain. Abang Nara tahu ramai di luar sana yang mahukan Stacy memeluk Islam, sekaligus berkahwin dengan Akim. Namun bab-bab ini tak bolehlah dipaksa. Biarlah ia datang dengan kerelaan sendiri. Kata Stacy:-

Saya tak tahu nak cakap apa. Tak kisah pun ya, geram pun ya. Sebelum ini saya pernah terpalit dengan khabar angin seperti ini tetapi bagi saya gosip kali ini agak melampau. Lebih-lebih lagi bab-bab berkaitan agama, kita tidak boleh main-main, ia agak sensitif terutamanya bagi masyarakat kita.

Kalau terkena dekat saya seorang, tidak apa. Ini tidak, kasihan keluarga saya menerima panggilan sejak semalam (Rabu) sehingga ke hari ini (Khamis) yang hanya mahu mengesahkan sama ada saya masuk Islam atau tidak. Ia sekali gus memberi tekanan buat mereka yang tidak tahu apa-apa.

Fasal kerjaya saya, tidak pula orang nak bertanya, apabila isu ini timbul, ramai pula yang telefon. Kalaulah ada undang-undang yang boleh mengenakan tindakan individu-individu tidak bertanggungjawab seperti ini

stacy

Macam mana kita nak memberi contoh yang baik kepada Stacy selaku orang Islam apabila perkara sebegini dilakukan oleh orang Islam juga? Pasti Stacy memandang sinis perbuatan ini. Kepada Stacy, diharap bersabar dengan dugaan sebegini. Kepada para peminat, teruskan berdoa yang terbaik untuk Stacy. Jangan paksa-paksa. Kita hanya perlu tunjukkan contoh yang baik. Satu hari nanti pasti Stacy akan buat keputusan yang terbaik untuk dirinya. Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...