Gara-gara memuat naik satu video yang berkaitan dengan perayaan Krismas di akaun Instagram miliknya, penyanyi Stacy telah dikritik dan perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat beliau.
Ada yang mempersoalkan mengapa Stacy harus meraikan Krismas sedangkan beliau sudah memeluk Islam pada bulan Ogos lepas.
Walaubagaimanapun, tidak semua peminat beliau yang cepat melatah. Berdasarkan beberapa komen, apa yang dilakukan oleh Stacy semata-mata kerana ingin menghormati ahli keluarga beliau yang beragama Kristian serta tidak memutuskan pertalian darah antara mereka.
Malah, ia adalah satu perkara biasa buat penduduk di Sabah dimana setiap daripada mereka akan saling menghormati dan meraikan perayaan agama lain dengan batas tertentu.
Ramai orang sekarang yang mahu berlagak alim dan seakan menganggap diri mereka Tuhan dimana mereka menentukan dosa dan pahala orang lain. Sebelum kritik, cuba cermin dahulu diri sendiri adakah sudah cukup sempurna? Â Bersabarlah Stacy, kami yakin anda mempunyai alasan tersendiri berhubung perkara ini.