February 23rd, 2016

Sah bergelar suami isteri pada 5 Februari lepas, Akim menjelaskan isterinya Stacy belum lagi hamil meskipun beliau seakan mengiyakan perkara tersebut pada konsert Mentor Milenia pada hari Ahad lepas.

Khabar angin Stacy hamil tersebar apabila Akim sebagai mentor didalam rancangan realiti terbitan TV3 itu,  memangku seorang kanak-kanak didalam rancangan tersebut dan  ia dianggap sebagai gambaran bahawa isterinya itu sedang mengandung.

Jujur saya katakan, Stacy masih belum hamil seperti yang disangkakan. Lagi pula usia perkahwinan kami baru menginjak sebulan setengah. Saya tidak menyalahkan peminat. Mungkin mereka teruja.

Apa yang boleh saya katakan, kami sedang berusaha ke arah itu dan jika ada khabar gembira pasti saya akan kongsikan kepada semua nanti.

Pada masa yang sama, Akim memberitahu beliau tidak kisah jika dikurniakan rezeki untuk menerima cahaya mata lelaki ataupun perempuan satu hari nanti. Namun, beliau mengidamkan untuk dikurniakan anak kembar.

Doakan sahaja agar pasangan ini dikurniakan cahaya mata satu hari nanti, inshaAllah ada rezeki. Relaks dulu..Hehe..

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...