Penyanyi Misha Omar meluahkan rasa gembira kerana akhirnya dapat bekerjasama dengan penyanyi pujaannya iaitu Akim Ahmad ketika malam Anugerah Juara Lagu yang ke-35, baru-baru ini.
Mengakui meminati Akim dalam diam, peluang yang diterimanya untuk sepentas bersama suami Stacy Anam itu pastinya tidak akan dilepaskan begitu saja.
Menurut Misha menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, peluang bekerjasam dengan penyanyi lagu Potret itu sepatutnya berlangsung pada tahun lalu namun rezeki tidak menyebelahi atas faktor-faktor tertentu.
Selain memuji Akim sebagai seorang penyanyi yang berbakat, Misha turut memberitahu bahawa dia seorang bapa dan suami yang penyayang.
View this post on Instagram
“Dari tahun lepas hampir dapat nyanyi dengan dia tapi tak ada rezeki. Untuk awal 2021 ini, hurrayy! Show pertama untuk kami dapat nyanyi sama-sama. Seronok sembang dengan dia ni. Cerita fasal muzik, kehidupan dan dia seorang suami dan bapa yang penyayang.”
Ujar Misha lagi, Stacy merupakan wanita paling bertuah kerana memiliki Akim sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak mereka.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Awww Stacy…You are such a lucky wife. Kak Mitch doakan korang bahagia selalu okay.” tulisnya di bahagia kapsyen.
Meninjau ruangan komen, isteri kepada Akim Ahmad tampil memberikan komen sayang buat Misha Omar.
Terdahulu, Misha dan Akim telah tampil membuat persembahan pembukaan ketika majlis AJL35 yang berlangsung pada hari Ahad yang lalu.