Pasar raya ST Rosyam Mart baru-baru ini telah merasmikan pembukaan pusat beli-belah terbaru mereka yang terletak di Jalan Kebun, Klang.
Menurut MDaily, ST Rosyam Mall menampilkan kelainan dengan menempatkan lebih 30 premis terkenal merangkumi jenama pakaian, makanan dan teknologi.
Pembukaan ini turut memberikan lebih fleksibiliti kepada pelanggan, yang kini boleh membeli-belah sambil menikmati pelbagai kemudahan dan perkhidmatan tambahan yang disediakan.
Berdasarkan video yang dimuat naik di TikTok, apa yang menarik di ST Rosyam Mall kali ini ialah pengenalan kemudahan pandu lalu, sama ada untuk pembelian dalam talian atau pembelian secara terus di kaunter, khusus buat kemudahan pelanggan.
Langkah ini bukan sahaja memberikan pengalaman beli-belah yang lebih praktikal, malah sangat memudahkan terutamanya buat pelanggan yang datang bersama anak kecil.
Cawangan baharu ini dijangka mampu menarik lebih ramai pelanggan. Sebelum ini, ST Rosyam Mart telah tersenarai dalam Asean Records selepas mencatat pencapaian sebagai Pasar Raya Borong dan Runcit 24/7 Pertama di Asia Tenggara.
Inovasi mereka turut diiktiraf menerusi penawaran 21 perkhidmatan awam percuma, termasuklah kemudahan pandu lalu yang mesra pelanggan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan kemudahan pandu lalu yang disediakan ini dan mereka berpendapat pasar raya ini sudah maju kedepan berbanding pasar raya yang lain.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.