Siri Squid Game yang ditayangkan di Netflix masih trending no.1 sebagai siri Korea paling popular pada waktu ini. Siri yang menceritakan tentang permainan klasik kanak-kanak Korea itu berjaya menarik minat penonton. Tapi nampaknya kejayaan ini tidak menggembirakan syarikat internet Korea Selatan.
Baca: Squid Game Versi Sofyank Lebih Seram Dan Mendebarkan
Ini apabila, syarikat internet SK Broadband dari Korea Selatan telah mengenakan saman ke atas Netflix selepas dikatakan menjadi punca peningkatan trafik internet di negara itu. Ini semua gara-gara populariti siri Squid Game sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan kos yang lebih.
Pembuat dasar dan mahkamah turut menyokong
Penyedia kandungan turut digesa oleh pembuat dasar dan mahkamah Korea Selatan untuk membayar segala kos penggunaan rangkaian. Dalam tuntutan saman itu, Netflix diminta untuk membayar kos peningkatan trafik internet dan segala kos penyelenggaraan yang terpaksa dikeluarkan SK Broadband.
Naik kepada 1,200 Gbps
Pihak SK Broadband mendakwa trafik mereka sebelum ini hanya 50 Gbps pada tahun 2018 dan menaik kepada 1,200 Gbps sebaik sahaja Squid Game disiarkan pada September 2021.
Netflix bagaimanapun tidak terus mengakui mereka sebagai punca tapi akan menilai dahulu dakwaan SK Broadband.
Untuk pengetahuan, Netflix dan Youtube adalah antara dua jenama besar yang melakukan bayaran untuk mendapatkan perkhidmatan internet di Korea Selatan. Ini kerana dua jenama ini menjadi antara yang paling tinggi dilanggan rakyat Korea Selatan.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara