SPRM Keluarkan Senarai Pendapatan Menteri-Menteri Baru Malaysia

Trending

SPRM Keluarkan Senarai Pendapatan Menteri-Menteri Baru Malaysia

Mesti ramai yang teringin nak tahu kerja sebagai menteri ni berapa agaknya pendapatan mereka setiap bulan kan?

Sekarang ada senarai yang boleh memenuhi keinginan anda kerana Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan senarai butiran pendapatan menteri Pakatan Harapan dan semua ahli Parlimen Parti Warisan Sabah di laman web mereka.

Advertisement

Angka-angka yang dinyatakan dalam senarai tersebut adalah pendapatan anggota parlimen dan bukan pendapatan keseluruhan bersama keluarga mereka. SPRM akan mengemas kini maklumat itu dengan pengisytiharaan aset mereka setelah masalah teknikal diselesaikan.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Malaysia mendahului senarai ini dengan pendapatan sebanyak RM86, 464.92, diikuti oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution iaitu sebanyak RM77, 629.68. Manakala Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menduduki tempat ke tiga dengan pendapatan sebanyak RM75, 861.57.

Tetapi dengan kemas kini terbaru dari laman web tersebut pada petang 1 November, Menteri Kerja Raya, Baru Bian telah mengambil alih senarai teratas dan beliau mempunyai pendapatan sebanyak RM108,056. Tetapi Brian menafikannya dan mengakatan telah berlaku kesilapan ketika dia mengisytiharkan pendapatan bulanannya kepada SPRM.

Beliau keliru apabila mengisytiharkan bahawa menerima dua elaun iaitu sebagai anggota Parlimen Selangau dan selaku Menteri Kerja Raya sedangkan sebenarnya hanya menerima elaun bagi jawatan menteri sahaja.

“Saya buat perisytiharan baru sekarang. Saya telah terlebih isytihar, saya isytiharkan elaun berganda. Saya tak dapat tewaskan Lim Guan Eng. Jumlah sebenar lebih rendah, sekitar RM78,000.” 

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berada di tempat kesembilan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM59,048.33. Wan Azizah juga menyatakan bahawa pengisytiharannya itu juga termasuk pendapatan bersama suaminya, iaitu presiden PKR, Anwar Ibrahim dan juga ahli parlimen Port Dickson. Tetapi anak perempuan mereka Nurul Izzah tidak ada dalam senarai tersebut.

Setakat malam semalam, seramai 85 orang ahli parlimen kerajaan Pakatan Harapan sudah berada dalam senarai tersebut dan majoriti mereka pengisytiharkan pendapatan bersama pasangan masing-masing.

Menurut peratusan yang dipaparkan di dalam laman web itu juga melihatkan lebih ramai anggota parlimen yang belum mengisytiharkan harta mereka berbanding yang sudah melakukannya.

Jadi apa komen anda selepas lihat jumlah yang telah diisytiharkan ini?

Sumber: SPRM

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...