SPRM ‘Gerak’ Ke Indonesia, Mulakan Siasatan Terhadap Bekas Menantu Ismail Sabri

Berita

SPRM ‘Gerak’ Ke Indonesia, Mulakan Siasatan Terhadap Bekas Menantu Ismail Sabri

Siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semakin hangat apabila bekas menantunya, Datuk Jovian Mandagie, turut dikaitkan dalam kes tersebut.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Jovian kini merupakan antara saksi terbaru yang akan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Advertisement

Bagaimanapun, Jovian dikatakan sudah menetap di Indonesia dan dipercayai telah menjadi warganegara negara itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menjelaskan bahawa pihak SPRM tidak boleh memaksa Jovian untuk pulang ke Malaysia dan sebaliknya akan ke Indonesia untuk mengambil keterangan secara terus.

Kita tidak boleh memaksa beliau (Jovian) datang ke sini sebaliknya kita kena pergi jumpa beliau di sana (Indonesia) memandangkan beliau sudah menjadi warganegara negara itu.

Mereka merancang untuk berangkat ke Indonesia dalam tempoh satu hingga dua minggu bagi bertemu dengan Jovian.

Menurut beliau, siasatan terhadap Ismail Sabri dijangka akan selesai pada bulan Jun. Bekas Perdana Menteri itu telah membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu dan kini SPRM sedang menganalisis sumber serta aset yang dikaitkan dengannya.

Sehingga kini, seramai 57 individu telah dipanggil untuk membantu siasatan berkaitan dana promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatan Ismail Sabri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Sekiranya terdapat bukti kukuh, SPRM tidak menolak kemungkinan untuk mencadangkan pertuduhan terhadap beliau.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 hours ago

"Mansuh PTPTN Jadi Modal Politik Memang Senang, Nak Laksana Susah" - Adam Adli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...