SPRM Bekukan Hampir RM75 Juta Wang Haram Milik Sindiket Macau Scam, Kereta Dan Kediaman Mewah Turut Disita

Trending

SPRM Bekukan Hampir RM75 Juta Wang Haram Milik Sindiket Macau Scam, Kereta Dan Kediaman Mewah Turut Disita

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) difahamkan telah membekukan sebanyak 750 akaun milik sindiket Macau Scam yang terlibat. Lebih mengejutkan, jumlah simpanan aktiviti penggubahan wang haram itu khabarnya mencecah kira-kira RM75 juta.

Menerusi laporan Harian Metro, pihak SPRM dikatakan turut menyita 24 kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi milik beberapa individu yang ditahan. Malah rumah mewah milik pasangan suami isteri yang terlibat dalam kes ini juga telah disita.

Advertisement

Lebih perit, ahli yang terlibat juga dikatakan telah menggunakan populariti artis tempatan untuk ‘mencuci’ wang haram mereka dengan menjalinkan usaha sama menerusi perniagaan sah.

Tidak ketinggalan, individu ini juga turut terlibat dalam perjudian secara atas talian sejak lima tahun lalu.

Bagaimanapun, dua daripada lapan individu yang ditahan bagi membantu siasatan telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

SPRM juga tidak menolak kemungkinan akan menahan beberapa penguat kuasa dalam masa terdekat kerana terlibat melindungi kegiatan mereka.

Untuk rekod, individu yang dipercayai menggunakan ‘Datuk’ palsu itu dan beberapa suspek lain termasuklah anak kepada seorang ahli perniagaan terkemuka difahamkan masih direman.

Sumber: Harian Metro, Oh Bulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...