Antara intipati yang menarik perhatian netizen dalam perbentangan bajet 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat petang tadi semestinya mengenai cukai yang bakal dikenakan untuk perkhidmatan penstriman muzik dan video serta platform perdagangan elektronik syarikat antarabangsa.
Ini secara tidak langsung termasuk perkhidmatan penstriman seperti Netflix dan Spotify selain medium e-dagang seperti Alibaba. Perkhidmatan Steam untuk penggemar permainan video atas talian juga tidak terlepas dari cukai perkhidmatan ini.
Bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna online store, penyedia perkhidmatan asing perlu berdaftar dengan Jabatan Kastam dan cukai serta remit cukai perkhidmatan berkenaan akan mula dikenakan pada Januari 2020.
Langkah percukaian ini akan mengimbangkan persaingan antara peruncit kedai dan kedai atas talian, terutamanya kedai atas talian yang dimiliki oleh syarikat luar negeri.
Jadi apa reaksi netizen mengenai peengumuman ini:
Rata-rata tidak bersetuju dan menanggap ini akan membebankan mereka dan mungkin akan menyebabkan lebih banyak muat turun secara haram akan berlaku.
Baru-baru ini sahaja yuran bulanan untuk langganan Spotify juga telah daripada RM 14.90 kepada RM 15.90.
Tetapi untuk negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Canada, perkhidmatan seperti ini sudah lama dikenakan cukai perkhidmatan.
Jadi apa pula pendapat anda yang menggunakan perkhidmatan ini?
Sumber: Awani