Spot OOTD Baru Di Pasar Seni: Ramai Tengah Cari ‘Hidden Foodie Icons’ Dalam Mural Gergasi Ni. Ada Yang Dah Jumpa Ke?

Branded

Spot OOTD Baru Di Pasar Seni: Ramai Tengah Cari ‘Hidden Foodie Icons’ Dalam Mural Gergasi Ni. Ada Yang Dah Jumpa Ke?

Sebut saja Pasar Seni, ramai dah tahu kawasan ini memang antara port kegemaran di Kuala Lumpur, terutamanya dalam kalangan Gen Z dan juga pelancong yang datang bercuti ke Malaysia.

Vibes dekat sini memang lain macam. Walaupun kawasan ini penuh dengan sejarah, ia masih kekal hidup dan ‘mekar’ dalam arus kemodenan. Dalam satu kawasan saja, macam-macam boleh buat.

Nak cafe hopping, boleh. Nak cari bunga fresh yang cantik-cantik, ada. Nak dating santai sambil jalan-jalan, pun boleh. Pendek kata, Pasar Seni memang antara tempat yang selalu jadi pilihan kalau nak hangout sekitar KL.

Baru-baru ni, masa lalu area Pasar Seni, kami ternampak satu mural gergasi baru berdekatan Jalan Kasturi. Kami yakin tak lama lagi confirm viral orang ambil gambar kat sini sebab muralnya sumpah cantik….

Pelukisnya pun bukan biasa-biasa tau, artis mural terkenal yang dikenali sebagai Nas Suha di media sosial.

Bukan Mural Biasa-Biasa

Kalau anda nak tau, mural ini sebenarnya merupakan kolaborasi antara Grab dan Tourism Malaysia sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Sekali pandang memang nampak macam karya seni jalanan yang vibrant dan playful. Tapi kalau tengok betul-betul, mural ini sebenarnya membawa konsep yang lebih menarik.

Ia memperkenalkan Grab 5-Star Eats Food Guide, iaitu senarai tempat makan yang mendapat rating tinggi daripada pengguna Grab sendiri. Bukan sekadar sedap mata memandang tapi juga represent makanan Malaysia yang memang jadi kegemaran ramai.

Cuba Cari 13 Ikon ‘Hidden’ Lokal Restoran

Disebalik mural gergasi ni, kami dapat tahu yang Grab ada add-on element fun sikit. Tapi anda kena cari sendiri.

Dalam ilustrasi gergasi yang megah terpampang tu, sebenarnya terdapat 13 ikon lokal restoran Grab 5-Star Eats yang disorokkan secara kreatif. Jadi sambil anda ambil gambar nanti, apa kata telek lama sikit untuk cari ikon tersembunyi tu.

p/s: Tips kalau nak jumpa semua hidden ikon tu, anda boleh datang pada waktu malam tau, sebabnya mural ni nampak lebih pop-up dengan pacaran lampu.

Jom Meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026!

Memandangkan tahun ni pun merupakan Tahun Melawat Malaysia, apa kata kita HYPE sikit tempat-tempat ikonik di Malaysia supaya dapat dinikmati oleh semua tak kira pelancong tempatan atau luar negara.

Salah satunya mestilah mural ikonik berdekatan Pasar Seni ni atau secara spesifiknya berhadapan dengan Zus Coffee Pasar Seni yang baru dibuka. Kalau dari MRT tu jalan terus je menuju Pasar Seni, mural ni berada di bahagian kanan anda.

Pada sesiapa yang dah bergambar dengan mural ni, jangan lupa upload di media sosial dan tag Grab Malaysia. Sambil tu jangan lupa cari ikon tersembunyi iaitu 13 ikon lokal restoran Grab 5-Star Eats tau!

Good luck!

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...