Bila suami tolak permohonan cerai, saya terkejut. Jadi, bila ditanya secara spontan sebut ‘sayang juga dia pada saya’.
Saya tak sepatutnya cakap macam itu. Itu bukanlah perasaan seronok, tapi kelemahan saya ialah bercakap spontan.
Menurut penyanyi itu, dia menyatakan bahawa dirinya sudah bersedia sekiranya suami melafazkan talak secara baik di hadapan hakim sebelum perbicaraan kes.
Malah dirinya sendiri meminta agar Rushdi memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses penceraian mereka.
Saya tidak mahu bergaduh, minta dia datang dan permudahkan urusan. Saya juga sudah minta maaf pada dia.
Sebelum masuk mahkamah pun perasaan saya dah 70 peratus bersedia untuk dilafaz cerai. Kita kena bersedia sebab takut pengsan. Jadi, saya terkejut dengan keputusan dia.
Berkongsi lanjut, Nora memberitahu dia kembali menjalani rutin hariannya seperti biasa selain menunggu tarikh 4 Jun sebagai sebutan kedua kes penceraian mereka.
Kata Nora, dia juga enggan terlalu terbeban berfikir tentang hal berkenaan dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Terlalu berfikir pun tak guna sebab sudah tahu arahnya. Saya tidak akan menarik balik fail penceraian itu jadi tunggu saja tarikh dan langkah seterusnya.