“SPM Ni Sahaja Akan Jadi Kayu Pengukur..” – Dr Say Luah Rasa Bimbang Kerana Semakin Ramai Anak Muda Tinggalkan Pelajaran

Kehidupan

“SPM Ni Sahaja Akan Jadi Kayu Pengukur..” – Dr Say Luah Rasa Bimbang Kerana Semakin Ramai Anak Muda Tinggalkan Pelajaran

Baru-baru ini, doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say Shazril meluahkan rasa bimbang apabila mula ramai dalam kalangan pelajar yang menganggap pendidikan itu tidak penting dalam kehidupan.

Ilmu membentuk peribadi

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Dr Say berkongsi keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dirinya pada 2005 lalu sebagai pengajaran untuk anak muda. Katanya, ilmu memain peranan penting dalam membentuk peribadi dan kelakuan seseorang.

Advertisement

“Belajar tinggi-tinggi nanti kerja bawah orang juga”, “Belajar tinggi-tinggi nanti tak ada kerja juga.”. Dik, pernah dengar tak ilmu membentuk peribadi?

 

Kalau adik perhatikan yang banyak bising dekat media sosial, yang kaki maki hamun caci itu ini kebanyakannya tin-tin kosong.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Teruskan usaha sambung pelajaran

Selain itu, personaliti media sosial ini juga menasihati anak-anak muda di luar sana untuk tidak mengalah atau berputus asa sekiranya keputusan peperiksaan tidak memberangsangkan. Malah, jadikan ia sebagai satu cabaran untuk memperbaiki diri sendiri dan teruskan usaha dalam menuntut ilmu.

Ya, SPM bukan segala-segalanya tapi zaman sekarang tak ada UPSR, tak ada PMR jadi sepanjang 11 tahun adik belajar dari sekolah rendah ke sekolah menengah, SPM ini sahaja akan menjadi kayu pengukur adik.

 

Kalau teruk itu tidak bermakna ia terhenti di situ, teruskan usaha sambung pelajaran, begitu juga kalau cemerlang, teruskan usaha sambung pelajaran supaya in the end kita boleh berbakti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Terdahulu, Difahamkan dari laporan Harian Metro, seramai 10600 daripada 383,685 calon SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan tersebut menimbulkan kerisauan orang ramai.

2 months ago

"Saya Tiada Telefon Tiada Rujukan.." - Berada Di Sebalik Tirai Besi Bukan Penghalang, Banduan Berjaya Peroleh 8A Dalam SPM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...