“SPM Dah Habis Bro!”, Pelajar Sekolah Berpesta Atas Jalan Raya Raikan Tamat SPM

Trending

“SPM Dah Habis Bro!”, Pelajar Sekolah Berpesta Atas Jalan Raya Raikan Tamat SPM

Setiap generasi pasti ada cara mereka tersendiri dalam meraikan kemenangan tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Biasanya masa hari terakhir, ada yang akan buat tradisi menconteng baju sekolah dengan tandatangan kawan-kawan.

Tapi itu dulu, sekarang dah lain ceritanya. Pelajar-pelajar di Melaka ini memilih untuk meraikan tamat SPM dengan berpesta di atas jalan raya. Sekali pandang, macam demonstrasi jalanan pun ada! Suka betul dah habis SPM nampak?

Advertisement

Berpesta atas jalan

spm
spm
spm
spm
Seronok sangat dah habis SPM ni. Tapi masalahnya kalau sampai menimbulkan kekecohan atas jalan raya ni, sangat tak patut. Mereka bukan sahaja berkumpul di atas jalan raya malah siap mempamerkan lagak ‘samseng’ siap membuat bising sekali.

Mereka melakukan kekecohan di sekitar laluan utama pesisir Pantai Klebang, Pantai Puteri dan Bandar Hilir. Sampaikan pengguna jalan raya yang lain terpaksa ‘beralah’ kepada mereka yang tengah sibuk beraksi atas jalan raya.

Ada cara yang lebih baik

Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Walaupun ada segelintir yang melakukan lagak samseng seperti ini tetapi masih ada yang meraikan tamat SPM dengan cara lebih baik. Pelajar-pelajar di beberapa sekolah di Malaysia menunaikan sujud syukur sebagai tanda tamatnya SPM.

spm
spm
spm
Tak salah kalau nak bersuka ria raikan SPM dah tamat tapi kalau sampai menganggu ketenteraman orang awam, memang tak patut. Ini juga akan menjadi contoh yang tak baik kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

Sebelum ini kecoh apabila pelajar melancarkan petisyen untuk menurunkan markah subjek Sejarah di SPM. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: “Kami Mahu 50 Markah Untuk A+”, Pelajar SPM Lancarkan Petisyen Turunkan Markah Subjek Sejarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...