Setiap generasi pasti ada cara mereka tersendiri dalam meraikan kemenangan tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Biasanya masa hari terakhir, ada yang akan buat tradisi menconteng baju sekolah dengan tandatangan kawan-kawan.
Tapi itu dulu, sekarang dah lain ceritanya. Pelajar-pelajar di Melaka ini memilih untuk meraikan tamat SPM dengan berpesta di atas jalan raya. Sekali pandang, macam demonstrasi jalanan pun ada! Suka betul dah habis SPM nampak?
Berpesta atas jalan




Mereka melakukan kekecohan di sekitar laluan utama pesisir Pantai Klebang, Pantai Puteri dan Bandar Hilir. Sampaikan pengguna jalan raya yang lain terpaksa ‘beralah’ kepada mereka yang tengah sibuk beraksi atas jalan raya.
Ada cara yang lebih baik
Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Walaupun ada segelintir yang melakukan lagak samseng seperti ini tetapi masih ada yang meraikan tamat SPM dengan cara lebih baik. Pelajar-pelajar di beberapa sekolah di Malaysia menunaikan sujud syukur sebagai tanda tamatnya SPM.



Sebelum ini kecoh apabila pelajar melancarkan petisyen untuk menurunkan markah subjek Sejarah di SPM. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: “Kami Mahu 50 Markah Untuk A+”, Pelajar SPM Lancarkan Petisyen Turunkan Markah Subjek Sejarah