Spider-man: Far From Home Akan Ditayangkan 3 Julai Ini!

Trending

Spider-man: Far From Home Akan Ditayangkan 3 Julai Ini!

“Spider-man: Far From Home” akan mula ditayangkan minggu ini! Untuk mereka yang sudah menonton “Avengers: End Game” pastinya dah lama nantikan filem ini untuk keluar.

Penantian anda akan berakhir tak lama lagi kerana filem ini akan mula ditayangkan pada 3 Julai 2019 ini di seluruh pawagam di Malaysia.

Pastinya anda semua dah tak sabar lagi nak tonton sebab filem “Spider-man: Far From Home” merupakan epilog kepada filem “Avengers: End Game”.

Advertisement

Mengambil latar masa selepas kejadian yang berlaku di dalam EndGame, penonton akan tahu bagaimana keadaan Peter Parker selepas kematian Tony.

Untuk yang tidak pernah menonton filem Spiderman sebelum ini mungkin anda tidak berapa mengenali karakter dan kejadian yang pernah berlaku sebelum ini.

Bagi membantu anda refresh kembali ingatan anda, kami senaraikan lima filem yang anda perlu tonton sebelum menonton “Spider-man: Far From Home.”

Avengers: End Game

Sudah tentunya, filem ini sangat penting untuk anda tahu apa yang berlaku pada Tony Stark. Lagi-lagi apabila “Spider-man: Far From Home” adalah berkisarkan tentang keadaan selepas kematian Tony di dalam filem itu.

Spider-man: Homecoming

Filem ini pilihan yang bagus jika anda tidak berapa mengenali watak kawan-kawan Peter Parker dan MJ itu sendiri.

Watak Tony Stark juga kerap kali muncul jadi anda boleh mendapat idea tentang hubungan mereka berdua.

Captain America: Civil War

Jika anda tiada masa, anda tak perlu tonton keseluruhan filem, cukuplah hanya 20 minit yang pertama untuk anda mengenali watak Tony Stark ini.

Captain Marvel

Walaupun Captain Marvel tiada dalam filem ini tapi jika anda kenal dengan watak hero dan penjahat dalam filem ni, anda akan lebih memahami naratif cerita yang cuba disampaikan dalam “Spider-man: Far From Home.”

Iron Man

Seperti yang diberitahu tadi “Spider-man: Far From Home” mempunyai banyak kaitan dengan watak Tony Stark ini.

Jika anda berkelapangan, boleh lah tonton semula “Iron Man” untuk mengenali watak ini dengan lebih baik.

Jadi jangan lupa saksikan Spider-man: Far From Home pada 3 Julai 2019 ini di pawagam berhampiran anda!

 

Sumber: Sony Pictures

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...