“Spider-man: Far From Home” akan mula ditayangkan minggu ini! Untuk mereka yang sudah menonton “Avengers: End Game” pastinya dah lama nantikan filem ini untuk keluar.
Penantian anda akan berakhir tak lama lagi kerana filem ini akan mula ditayangkan pada 3 Julai 2019 ini di seluruh pawagam di Malaysia.
Mengambil latar masa selepas kejadian yang berlaku di dalam EndGame, penonton akan tahu bagaimana keadaan Peter Parker selepas kematian Tony.
Untuk yang tidak pernah menonton filem Spiderman sebelum ini mungkin anda tidak berapa mengenali karakter dan kejadian yang pernah berlaku sebelum ini.
Bagi membantu anda refresh kembali ingatan anda, kami senaraikan lima filem yang anda perlu tonton sebelum menonton “Spider-man: Far From Home.”
Avengers: End Game

Spider-man: Homecoming

Watak Tony Stark juga kerap kali muncul jadi anda boleh mendapat idea tentang hubungan mereka berdua.
Captain America: Civil War

Captain Marvel

Iron Man

Jika anda berkelapangan, boleh lah tonton semula “Iron Man” untuk mengenali watak ini dengan lebih baik.
Jadi jangan lupa saksikan Spider-man: Far From Home pada 3 Julai 2019 ini di pawagam berhampiran anda!
Sumber: Sony Pictures