“Spesifikasi Cap Ayam..” – PerantiSiswa Diperkenalkan, Netizen Harap Tak Sama Seperti Laptop 1Malaysia

Berita

“Spesifikasi Cap Ayam..” – PerantiSiswa Diperkenalkan, Netizen Harap Tak Sama Seperti Laptop 1Malaysia

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi & Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa kementeriannya sedang bekerja keras bagi menyiapkan portal permohonan secara atas talian bagi PerantiSiswa yang akan dibuka pada 15 April ini.

Kenyataan itu dibuat Annuar menerusi satu ciapan di Twitter rasmi miliknya di mana beliau turut menunjukkan contoh peranti yang akan diberi kepada mereka yang layak.

Advertisement

Berikutan kenyataan itu, ramai netizen meninggalkan respon yang pelbagai di mana rata-ratanya membandingkan program terbaru itu dengan program komputer riba 1Malaysia yang pernah dianjurkan kerajaan suatu ketika dahulu.

Selain itu, netizen juga menzahirkan harapan agar tablet dan juga peranti yang akan diberikan nanti akan lebih berkualiti dan mempunyai spesifikasi yang terkini serta mampu menyokong kemas kini sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun.

peranti annuar musaSumber : Twitter  

Netizen juga dilihat memberi cadangan dan buah fikiran seperti para pelajar dan  mahasiswa diberikan baucar untuk membeli sendiri peranti untuk kemudahan pembelajaran di samping berharap tiada lagi ‘episod’ alat elektronik meletup seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

lelaki kurang siuman pecah masuk tadika
2 years ago

(VIDEO) “Kesian Budak Trauma” - Lelaki Kurang Siuman Pecah Masuk Tadika, Alasan Beri Roti Pada Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...