Spekulasi Rumah Tangga Bersama Sharnaaz Ahmad Bermasalah, Ini Respon Noor Nabila

Hiburan

Spekulasi Rumah Tangga Bersama Sharnaaz Ahmad Bermasalah, Ini Respon Noor Nabila

Sudah lama gosip rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila dikatakan sedang bergolak, meskipun memuat naik pelbagai kata-kata sedih di media sosial, kedua-duanya tetap berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai khabar angin berkenaan.

Advertisement

Pasangan ini dihimpit dengan pelbagai persoalan dari netizen termasuklah meminta Sharnaaz dan Nabila bergambar sebagai satu keluarga bersama anak mereka, Jebat Jayden.

Mungkin tidak tahan dengan segala spekulasi dan provokasi daripada sesetengah pihak, Nabila meminta agar netizen tidak perlu masuk campur dengan urusannya. Isu berkaitan rumah tangga adalah hak peribadinya.

Bagaimanapun, masih ramai yang mendoakan yang terbaik buat pasangan ini dan semoga mereka dapat berdamai.

Kami harap mereka dapat menyelesaikan segala masalah yang dihadapi dengan baik. Biasalah dalam rumah tangga, akan ada pasang dan surutnya, tetapi jangan mudah putus asa dengan ujian yang melanda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...