Spekulasi mengenai kehamilan selebriti terkenal, Neelofa sehingga ke hari ini masih menjadi tanda tanya. Biarpun pelbagai khabar angin bertiup, Neelofa dan suami, Haris Ismail tidak memberi sebarang kepastian mengenai hal itu.
Terbaru, Neelofa menerusi temu bual bersama Kosmo! berkata, pengakuan mengenai kehamilan adalah sesuatu yang sensitif untuk sesetengah orang.
Bagi dirinya, jika benar spekulasi tersebut, dia pastinya akan berkongsi dengan peminat pada waktu yang sesuai.
Kalau benarlah desas-desus itu betul atau pun tidak, saya akan menanti masa tepat untuk berkongsi dengan orang ramai kerana jika ada berita gembira yang kita mahu dengar, pasti kita mahu doa orang ramai.
Tambah pelakon filem Pilot Cafe itu lagi, biarpun berdepan sedikit tekanan dengan spekulasi yang timbul, dia meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
Neelofa turut meminta peminat membayangkan perasaan seseorang jika spekulasi sebenarnya tidak benar, ianya pasti akan memberi kesan mendalam.
Saya akan kongsikan kepada semua kerana ia bukanlah sesuatu berita buruk yang perlu disorokkan.
Neelofa berharap orang ramai dapat memahami keadaan dirinya yang hanya akan berkongsi berita gembira apabila benar-benar pasti.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.