Speaker Umum Anwar Ibrahim Sebagai Ketua Pembangkang Parlimen

Trending

Speaker Umum Anwar Ibrahim Sebagai Ketua Pembangkang Parlimen

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang Parlimen. Sidang Dewan Rakyat hari ini bermula pada jam 10 pagi dengan dikendalikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Mohamad Ariff memulakan sidang dengan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan menyampaikan titah diraja pada 18 Mei lalu dan beliau mengarahkan ia dibentangkan di majlis mesyuarat.

Advertisement

Beliau turut mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan penuh daripada pembangkang untuk dilantik sebagai ketua pembangkang parlimen kali ini.

“Saya berpuas hati Anwar mendapat sokongan daripada ahli-ahli parlimen pembangkang untuk dipilih sebagai Ketua Pembangkang.”

Sidang parlimen kali ini sedikit berbeza daripada sebelum ini susulan garis panduan baru yang perlu diikuti untuk membendung wabak COVID-19. Beliau turut menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) di Dewan Rakyat termasuklah langkah penjarakan sosial iaitu antaranya 174 MP akan diletakkan di ruang utama Dewan Rakyat.

Sekumpulan MP kerajaan dan MP bebas pula akan diletakkan di galeri awam manakala beberapa MP pembangkang akan diletakkan di kawasan kakitangan parlimen di bahagian kiri kerusi speaker. Sidang parlimen kali ini akan berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos depan.

Berbezanya kali ini, media kini hanya ditempatkan di Pusat Media Parlimen dan tidak dibenarkan lagi berada di lobi utama Parlimen. Ini bermakna tiada lagi sesi ‘door stop’ atau ‘jolok’ antara media dan Ahli Parlimen seperti biasa.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...