Speaker Dewan Rakyat Terima Usul Tidak Percaya Terhadap Perdana Menteri Oleh Tun M

Trending

Speaker Dewan Rakyat Terima Usul Tidak Percaya Terhadap Perdana Menteri Oleh Tun M

Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof yang merupakan Speaker Dewan Rakyat, hari ini memaklumkan telah menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.

Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengemukakan usul itu pada 4 Mei lalu di bawah Peraturan Mesyuarat 26 (1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27 (3).

Advertisement

Mohamad Ariff dalam berkata, pihaknya telah menerima empat usul dari Ahli-ahli Parlimen sejak Notis Memanggil Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat dikeluarkan pada 17 April lalu.

“Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) yang membangkitkan iaitu: Mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat.” 

-Dalam Satu Kenyataan Di Facebook Rasmi Parlimen Malaysia.

Dia berkata usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) itu diterima kerana ia antara perkara demi kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan untuk dibawa ke Mesyuarat Dewan Rakyat kelak.

Antara usul lain yang dikemukakan ialah berkenaan pelanjutan persidangan Dewan Rakyat kepada lapan hari dan hak Parlimen mengawal selia tatacara tanpa terikat dengan mana-mana peraturan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi, YB Datuk Liew Vui Keong.

sumber : Facebook Parlimen Malaysia

sumber : Facebook Parlimen Malaysia

Semalam, Mohamad Arif telah menolak permohonan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan. Dia menolak pembentangan usul itu kerana tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagan Persekutuan yang turut mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam urusan melantik Perdana Menteri.

Dewan Rakyat dijangka bersidang sehari pada 18 Mei ini sebelum dijangka disambung semula pada Julai nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...