Sound ‘Tepek’ Isu Kompaun RM50k, Pembaca Berita Astro Awani Dipuji

Trending

Sound ‘Tepek’ Isu Kompaun RM50k, Pembaca Berita Astro Awani Dipuji

Sejak semalam, viral isu kompaun RM50k apabila peniaga burger dan colek masing-masing dikenakan kompaun yang tinggi dipercayai kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Perkara ini telah mengundang rasa tidak puas hati netizen apabila peniaga kecil yang mencari rezeki untuk keluarga terpaksa mencari wang untuk membayar denda yang dikatakan seperti ‘tidak masuk akal’.

Advertisement

Di Twitter, pembaca berita Astro Awani menerima pujian apabila secara lantang telah menyuarakan isu kompaun ini.

Menurutnya, tindakan kompaun tersebut seolah-olah ‘otak dilutut’ apabila mengenakan kompaun kepada penjaja kecil yang berniaga di kawasan kampung.

Terdahulu, polis Kelantan dilaporkan akan meneliti semula kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga di negeri itu.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga berkenaan.

“Peniaga berkenaan akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan di bawah Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Merujuk kepada kes tular di media sosial membabitkan pemilik burger yang dikenakan kompaun RM50,000, pada masa sama pihak polis mengeluarkan tiga kompaun kepada pemilik premis kedai makan termasuk peniaga burger.”

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak polis telah meningkatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh daerah.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...