Isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, Ira Kazar menjadi tumpuan gara-gara hobinya yang suka memasak demi mengenyangkan perut suami.
Baru-baru ini, Ira dilihat berkongsi resipi sambal sotong kegemaran Syamsul di Instagram Story setelah diminta netizen.
Ternyata, pemilik nama Faghirah Fatini Kazaruddin ini tidak kedekut berkongsi resipi selain memberi tips dan petua di dapur untuk pengikut kesayangan.
Kongsinya, dia menggunakan 11 bahan untuk penyediaan juadah tersebut seperti sotong, cili boh, kicap manis, mushroom seasoning powder dan pelbagai lagi.
Malah, dia juga berkongsi cara melembutkan dan membuang bau hanyir pada sotong dengan cara merebus dahulu makanan laut itu dengan asam keping selama beberapa minit.
Sotong saya rebus dulu selama beberapa minit dengan asam keping supaya tak kecut dan hilangkan bau hanyir.
Apa yang saya belajar, kalau nak kuah pekat, masak sambal tu lama-lama, guna api medium saja.
Ira juga dilihat menjawab pertanyaan netizen di ruangan Instagram Story.
Terdahulu, Ira Kazar dan Syamsul Yusof dilaporkan telah bernikah secara rahsia pada 6 Januari lalu di Thailand berwalikan bapa Ira, pelakon Kazar Saisi sebagai wali.
Ia sekaligus mencetuskan pergolakan rumah tangga antara Syamsul dan bekas isteri, Puteri Sarah Liyana sebelum kedua-duanya bercerai pada 14 Jun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.