Sotong kurita ialah sejenis hidupan laut yang sedap dan sering menjadi makanan orang Asia. Walaupun kita biasa makan sotong kurita yang siap dimasak, ada juga yang gemar memakannya hidup-hidup.
Seorang vlogger wanita menerima padah apabila sotong kurita yang cuba dimakannya hidup-hidup ketika bersiaran langsung di media sosial telah melawan dengan melekapkan dirinya ke muka wanita itu yang menjerit kesakitan.
Wanita itu berasal dari China yang tinggal di bandar Lianyugang, wilayah Jiangsu, cuba untuk makan hidup-hidup seekor sotong kurita yang bersaiz besar sedangkan sotong yang dimakan hidup-hidup biasanya bersaiz kecil. Sudah tentu, sebagai mekanisme mempertahankan diri dari dibunuh, ia cuba melawan.
Sotong itu kemudiannya melekapkan dirinya ke muka wanita itu dan menyedut kulitnya dengan kuat. Wanita itu yang menjerit kesakitan telah cuba untuk menarik sotong itu.
“Sakit! Sakit! Saya tak boleh tanggalkan dia! Ya tuhan!”
Kulit mukanya turut tertarik sekali dengan sotong itu yang berdegil untuk terus melekap dengan kuat. Akhirnya apabila sotong itu berjaya ditanggalkan, wanita itu yang menangis kesakitan mendapati kulit mukanya luka dan berdarah.
Rakaman video kejadian itu boleh ditonton dibawah:
Netizen yang menonton video yang tular itu menyatakan kepuasan hati mereka dengan nasib yang diterima wanita tersebut.
Brynn Peterson menulis:
Kena rasa kasihan pada dia ke? Sebab saya langsung tak kasihan.
Rob A menulis:
Bagus. Lain kali aku harap sotong tu makan kepala dia terus.
Rinstal Laxkay menulis:
Kenapa nak seksa sotong tu? Masaklah dulu baru makan. Padan muka!
Kebanyakan Netizen juga menganggap wanita itu bodoh.
Selepas kejadian memalukan ini, anda rasa wanita itu yang menggelar dirinya ‘Gadis Pinggir Laut’ di media sosial akan makan sotong hidup-hidup lagi? – amazingnara.com via World of Buzz