Soto Ayam Dan Tom Yum Tersenarai Dalam Sup Terbaik Di Dunia

Makanan

Soto Ayam Dan Tom Yum Tersenarai Dalam Sup Terbaik Di Dunia

Pasti ramai yang menggemari sajian makanan seperti Soto Ayam dan Tom Yum. Keenakan dan keistimewaan daripada kedua-dua sajian itu menjadikan sajian ini digemari di seluruh tempat bahkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Memetik laporan CNN, Soto Ayam dan Tom Yum Goong tersenarai dalam 20 sajian berasaskan sup terbaik di dunia.

Advertisement

Soto Ayam dari Indonesia ini boleh menjadi antara sajian yang paling ‘top’ dengan memiliki kombinasi rempah seperti kunyit segar, kayu manis, serai dan limau purut untuk menghasilkan aroma yang cukup memukau penggemarnya.

Sajian ini bukan sahaja digemari di Indonesia, malah turut digemari oleh masyarakat di Malaysia, Singapura dan Suriname dimana salah satu tempat yang jauh di Amerika Selatan. Resipi ini menjadi popular di sana kerana tiba bersama dengan pendatang dari Jawa.

Seterusnya ialah Tom Yum Goong yang menduduki tempat ke-18 dalam carta 20 sup terbaik di dunia menurut CNN. Tom Yum yang berasal dari Thailand memiliki citarasa tersendiri dengan hidangan masam, manis dan masam yang menjadi kegemaran kebanyakan orang Asia.

Advertisement

Bahan aroma terdiri daripada lengkuas, serai dan daun limau purut menjadikannya kegemaran orang ramai selain penambahan hirisan cili merah untuk rasa pedas. Memang sedap!

Sementara tiga hidangan teratas terbaik menurut CNN ialah Banga dari Nigeria, Beef Pho dari Vietnam dan Sup Borscht dari Ukraine.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...