Berkunjung saja ke bazar Ramadan, pastinya anda jadi rambang mata memilih juadah kerana terlalu banyak yang dijual buat pelanggan.
Seperti satu perkongsian pengguna Twitter ini, dia ada membeli makanan untuk kudap-kudapan iaitu corndog sebagai santapan ketika berbuka puasa.
Semalam beli corndog. Waktu berbuka aku dah gigit suku. Tapi masih tak jumpa mana hotdog. Rupanya ? separuh je hotdognya. Atas tu semua tepung. RM9 ? dapat tepung je pic.twitter.com/Wjs7OY6AiF
— MyJoe Store ?? (@myjoe_) April 13, 2022
Namun, individu itu berasa kecewa kerana apa yang diperolehinya hanyalah semata-mata adunan tepung yang digoreng tebal bersama sosej bersaiz kecil.
Katanya, dia telah membeli corndog itu dengan harga RM9 namun dipenuhi tepung semata-mata.
Kalau separuh sosej separuh cheese, faham. Tapi yang ni separuh sosej separuh angin.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berpendapat peniaga tidak seharusnya mengambil kesempatan ke atas pelanggan dan mengenakan harga yang mahal.
Orang menipu dalam timbangan jual beli ni ada habuan dekat akhirat. Tergolong dalam 7 golongan di akhirat. Ramai aku perhati orang meniaga kat bazar tahun ni tak ambil kisah bab tipu dalam timbangan ni.
Makin banyak pula kes-kes macam ni kan? Lebih baik masak di rumah, puas hati!