Jika sebelum ini tular mengenai video memaparkan penyanyi Nubhan Ahmad yang dilihat sedang mengasari isterinya, Dr. Afifah Tawfek dipercayai kerana bertengkar di tempat awam. Dalam video tersebut, Nubhan seolah-olah sedang menolak kepala isterinya dengan kasar dipercayai akibat daripada kes kehilangan kereta.
Setelah agak menyepi daripada mengeluarkan sebarang kenyataan, Nubhan harini telah tampil memberikan penjelasa mengenai situasi sebenar yang berlaku.
Dia dilihat telah memberikan penjelasan mengenai peristiwa itu di laman instagram miliknya. Dalam pada itu, dia turut membuat permohonan maaf buat isteri kerana telah berkelakuan kasar.
Menurutnya, peristiwa tersebut telah dirancang dan hanyalah ‘prank’ semata-mata. Ianya dilakukan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima tahun.
“Kisah sebenar “Lelaki Dayus”. Sorry sayang @drfietawfek sbb i tertunjal kepala you. I cuba nak buat u marah.. tapi u x marah2. I dah jam..sbb tu terpaksa berkasar sikit.. sampai sekarang i rasa bersalah ni. As u wish! U nak sangat hadiah ni..”
Dalam kapsyen panjang lebarnya, Nubhan turut mengucapkan selamat maju jaya buat isterinya yang kini terlibat dalam dunia perusahaan kecantikan.
View this post on InstagramAlamak…apsal rasa lain mcm ni? Ikannn oooo ikan….jgn langgar2 sebarang wahai ikannnn ??
Nubhan telah mendirikan rumah tangga bersama Afifah pada Ogos 2015 yang lalu dan kini berseri rumah tangga dengan kehadiran dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.

Siti
August 2, 2020 at 8:41 am
Sorry Tak lawak ok! Ingat suka2 main prank mcm tu… Tu Tak tinggal kenangan manis kot siap masuk sosial media.. jatuh maruah bini awak buat mcm tu.. lain Kali fikir panjang sikit sebelum buat mcm tu..?
liz
July 22, 2020 at 9:10 am
this is not prank…ni mesti buat balik situasi yg sama utk cover line.
sekeh nak
July 22, 2020 at 8:39 am
tak klaka la weiii!! pastu takat bg bunge je ke.. dah tunjal tengking bgai. tolak kepale.bbaloi ke bini trime bunge sje.. bunge tu akan kering layu. tp yg ko bwat drama kt dia dia akn ingat smpai bile2. apa la
zizie kirana
July 22, 2020 at 8:37 am
alahai..byk lg kot cara nak buat prank pd bini
Anonymous
July 21, 2020 at 8:13 pm
Luckily i did not watch and subscribe. Definitely this stupido and the product will be out of list….