“Sorry, Saya Pakai Untuk Allah” – Mia Ahmad Tak Kisah Dilabel Makcik Dan Tak Moden Sebab Berhijab Labuh

Hiburan

“Sorry, Saya Pakai Untuk Allah” – Mia Ahmad Tak Kisah Dilabel Makcik Dan Tak Moden Sebab Berhijab Labuh

Lama tidak mendengar khabar mengenai pelakon Mia Ahmad yang kini lebih senang menguruskan perniagaan daripada muncul di layar TV.

Tampil berhijab sejak tahun 2021, pelakon drama Mia Karmila itu kelihatan bahagia dan tenang setelah berhijrah memakai tudung kini.

Advertisement

Isteri kepada bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmini itu juga mengakui dia berhijab labuh kerana Allah S.W.T dan mengubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik.

Bila orang cakap tudung labuh macam mak cik dan tak moden, sorry I dress for Allah. Ada yang cakap I tak akan istiqomah. Ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati sebab I tahu I buat perkara betul. Untuk Allah.

Tulisnya lagi di Instagram, dia sedar dirinya tidak baik dan memilih untuk menutup aurat bukan untuk nampak baik.

Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah terus menjaga niat hati I dan kita semua. Sisters, semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin yra.

Sekadar info, Mia Ahmad telah mendirikan rumah tangga bersama Izham pada Januari 2017 hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak setakat ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zizi Kirana
1 year ago

"Tak Dapat Diselamatkan Sebab.." - Zizi Kirana Tak Sangka Diri Sedang Hamil, Alami Keguguran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...