Pelawak, Shuib dan Mamat Sepah memaklumkan mereka telah menangguhkan hasrat mereka untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan seperti yang dirancang.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, tindakan itu diambil selepas syarikat agensi umrah yang dipilih didakwa tidak telus dalam menguruskan jemaah ke Tanah Suci.
Mungkin belum rezeki kita Mat nak pergi umrah bulan puasa ni. Mulanya semua nampak okay untuk bekerjasama.
Tapi bila kita nampak macam-macam masalah yang timbul, jadi kita ambil keputusan untuk tarik diri dari pergi bersama syarikat agensi tersebut.
Perkara ini telah dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram milik pelawak tersebut.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, Shuib tidak menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai agensi yang dikatakan.
Dalam pada itu, dia turut memberi amaran agar syarikat tersebut tidak sewenang-wenangnya menggunakan wajah mereka bagi tujuan mempromosikan pakej umrah mereka.
Harap pihak yang berkaitan tidak menggunakan lagi wajah kami untuk sebarang promosi.
Sebelum ini, Mamat meluahkan rasa syukur apabila Shuib bermurah hati menghadiahkan pakej umrah buatnya.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.