“Sorry Lah, Saya Memang Popular Haha..” – Ditegur Jangan Guna Kes Arwah Zara Untuk Cari Populariti, Respon Rafidah Dipersoal

Trending

“Sorry Lah, Saya Memang Popular Haha..” – Ditegur Jangan Guna Kes Arwah Zara Untuk Cari Populariti, Respon Rafidah Dipersoal

Sebelum ini, pelakon Rafidah Ibrahim, ada memuat naik satu video memaparkan diri membuat penjelasan susulan dikecam mengaitkan isu politik ketika memberi ucapan di himpunan solidariti Allahyarham Zara Qairina.

Biarpun mengatakan isu politik yang diselitkan perlu bagi memberi ingatkan kepada orang-orang atasan, masih ada yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakannya , terutama yang dari Sabah.

Advertisement

Malah, difahamkan dari laporan sebuah portal, seorang netizen telah menegur Rafidah untuk tidak cuba mencari populariti dengan isu arwah Zara.

Namun begitu, pelakon terbabit tidak terkesan dengan teguran tersebut dan selamba membalas komen terbabit.

Sorry lah, saya memang popular haha.

Disebabkan membalas kenyataan seperti itu, persoalan mula timbul sama ada tindakan Rafidah wajar ataupun tidak menggunakan platform solidariti untuk sentuh soal politik atau ia satu keberanian yang patut dihargai?

Rafidah ibrahim mohon maaf
2025-08-19 10:26:47

Rafidah Ibrahim Buat Permohonan Maaf Selit Isu Politik Di Solidariti Zara - “Ini Dinamakan Politik Rakyat, Saya Juga Mangsa”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...